SERDANG: Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi yang dilaporkan hilang selepas menunaikan solat Jumaat minggu lalu, dikesan berada di sekitar Tampoi, Johor pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pelajar berkenaan dikesan berada di negeri Johor berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.
"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran, pelajar berkenaan dilihat ada bersama seorang individu lain dipercayai rakannya.
"Polis juga berjaya menemui motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaikinya telah ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan.
"Jadi kita percaya pelajar berkenaan pergi menaiki bas menuju ke Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Op Selamat Ke-19 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini pada Khamis.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar universiti dilaporkan hilang selepas pergi solat Jumaat dengan menunggang motosikal.
Bapa pelajar berkenaan dilaporkan telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar, Sabak Bernam pada jam 4 petang Isnin.
Anbalagan berkata, ibu bapa pelajar berkenaan telah dimaklumkan berhubung penemuan itu dan beliau difahamkan mereka telah bertolak ke Johor untuk mencari anak mereka yang hilang berkenaan.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, Mohd Irfan tidak mengalami sebarang masalah peribadi ataupun berada dalam kemurungan.
"Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 bagi membantu siasatan," ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 19 2023

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar universiti dilaporkan hilang selepas pergi solat Jumaat dengan menunggang motosikal.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN
Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

MMA tidak setuju mogok doktok kontrak
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan cepat bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh doktor kontrak di negara ini. Beliau juga menasihatkan doktor kontrak untuk tidak melancarkan mogok kerana ia akan memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan menambah beban rakan sekerja di fasiliti kesihatan awam yang sudah sesak.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat KM baharu
Politik Melaka bakal menyaksi pertukaran kepimpinan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

Perdana Menteri tiba di Hainan untuk sertai BFA 2023
Perdana Menteri tiba di Hainan bagi menghadiri Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi 4 hari beliau ke China.

Empat beradik ditemui maut dalam bilik air
Empat beradik ditemui maut dalam bilik air selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam pada Rabu di Kampung Sabak Awor, Muar.

10 Berita Pilihan - (29 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: KPDN muktamadkan harga siling ayam dan telur esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.

Pelajar UPM hilang ditemui di Larkin Sentral
Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Irfan Hakimi Azhar yang hilang sejak Jumaat lepas, ditemukan di Terminal Bas Larkin Sentral di sini semalam.

Pelajar UPM hilang dikesan berada di Johor
ACP Anbalagan berkata, pelajar berkenaan dikesan berada di negeri Johor berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.