awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar UPM, Norazimah satu-satunya wanita diiktiraf pegawai kadet darat terbaik Palapes

Dagang News
Dagang News
11/09/2023
03:50 MYT
Pelajar UPM, Norazimah satu-satunya wanita diiktiraf pegawai kadet darat terbaik Palapes
Norazimah menerima anugerah Pegawai Kadet Terbaik Darat pada istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-41 di Universiti Utara Malaysia. - Foto ihsan UPM
KUALA LUMPUR: Pelajar Sains Fizik dengan Kepujian Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), Leftenan Muda Norazimah Rohamat merupakan satu-satunya wanita yang menerima anugerah Pegawai Kadet Darat Terbaik pada istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) ke-41 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, baru-baru ini.
Norazimah, 23, menzahirkan rasa bersyukur setelah menerima penganugerahan tersebut walaupun ditauliahkan setahun lebih lewat dari tarikh sepatutnya berikutan pandemik COVID-19.
"Pada awalnya saya berasa tercabar kerana pegawai kadet darat universiti lain merupakan pegawai kadet lelaki, namun sokongan daripada mereka, serta pegawai dan jurulatih akhirnya saya dapat melaluinya dengan baik," katanya dalam kenyataan media di sini.
Terdahulu, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli mengurniakan watikah tauliah kepada seramai 90 Pegawai Kadet Palapes UPM.
Sementara itu, Pegawai Kadet Laut Terbaik Palapes dianugerahkan kepada pelajar Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa UPM, Leftenan Muda Lim Joethinn.
Lim, 22, turut meluahkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dirinya itu.
"Menjadi kadet terbaik memang harapan saya sejak tahun pertama menyertai Palapes Laut. Saya amat berbangga dengan pengurniaan anugerah ini.
"Pengorbanan pada setiap hujung minggu untuk fokus pada aktiviti Palapes membuahkan hasil pada hari ini," katanya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#pegawai kadet darat terbaik
#Palapes Universiti Awam
#UPM
#Pelajar Sains Fizik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan