Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan bahawa seorang pelajar warga Nigeria telah meninggal dunia ketika dalam tahanan di Depot Imigresen Bukit Jalil pada 9 Julai.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan protes tercetus di hadapan bangunan Suruhanjaya Tinggi Nigeria di ibu kota semalam pada jam 11.50 pagi bagi menuntut siasatan dalam kematian Orhions Ewansiha Thomas, seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengurusan.
Thomas, seorang pelajar bidang pengurusan dipercayai telah mengalami sawan ketika sedang tidur.
“Pihak imigresen masih menunggu laporan penuh kesihatan dan bedah siasat mangsa bagi mengetahui punca kematian,” jelas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Thomas ditahan pada 4 Julai sekitar jam 10.45 malam dalam satu Ops Bersepadu di kawasan Desa Aman Puri, Kuala Lumpur.
Operasi tersebut dijalankan atas aduan awam yang diterima pada 19 Mac, 15 dan 19 April 2019 berkaitan warga Afrika yang dipercayai oleh penduduk setempat telah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, pelacuran dan mabuk di tempat terbuka.
Hasil operasi berkenaan telah menangkap 20 orang warganegara asing bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Menurut pihak imigresen, Thomas bertindak melarikan diri dan enggan memberi kerjasama kepada pegawai operasi untuk membuat pemeriksaan.
Thomas kemudian mengemukakan pasport dan hasil semakan juga mendapati bahawa dia mempunyai pas pelajar yang masih sah.
Bagaimanapun, tindakan pelajar tersebut untuk melarikan diri telah menimbulkan keraguan pihak imigresen terhadap ketulenan pas pelajar yang dimilikinya dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(I) lalu ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
Susulan operasi itu, pelajar berkenaan bersama tahanan lain dibawa ke pejabat Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Semasa proses dokumentasi dijalankan, subjek telah diberi rawatan asas oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kerana terdapat luka lama di bahagian betis kanan subjek,” jelas Khairul dalam kenyataannya.
“Subjek tidak memaklumkan sebarang jenis penyakit yang dihadapi," tambahnya.
Susulan itu, semua tahanan operasi itu termasuk Thomas dihantar ke Depot Imigresen Bukit (DIBJ) pada 5 Julai, jam 12 tengahari.
“Sepanjang dalam tahanan Imigresen, subjek dan tahanan lain dilayan dengan berhemah dan mengikut Standard Operating Prosedur (SOP) menguruskan tahanan oleh semua Pegawai Imigresen bertugas di DIBJ,” tegas Khairul.
Pada jam 12.05 tengah malam 9 Julai, pegawai bertugas telah dimaklumkan oleh tahanan lain bahawa Thomas mengalami sawan ketika sedang tidur.
Pihak imigresen menegaskan bahawa pihak Unit Rawatan Khas yang bertugas telah mengambil tindakan pemeriksaan dan rawatan serta merta dan menghubungi pihak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapat bantuan segera.
Kemudian, sebuah ambulan HUKM tiba di lokasi kejadian bersama seorang Penolong Pegawai Perubatan pada jam 12.30 tengah malam dan terus melakukan pemeriksaan serta bantuan.
Namun, Thomas disahkan telah meninggal dunia.
Susulan itu, pegawai penyelia dan pegawai bertugas membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil.
Semalam, Limkokwing University of Creative Technology menerusi satu muatnaik di Twitter mengucap takziah atas kematian mendiang yang sedang menuntut Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan.
Menurut kenyataan oleh universiti tersebut, Thomas meninggalkan seorang isteri dan dua anak.
Laporan pertama mengenai protes di Kedutaan Nigeria adalah berdasarkan muat naik oleh seorang pengguna laman sosial Twitter (alwinhimself) pada sekitar jam 1 tengahari semalam.
Pada 3 Julai lalu, dua kanak-kanak bawah umur dua tahun yang ditahan selama 19 hari di Depot Imigresen Bukit Jalil dilepaskan untuk dihantar pulang susulan persoalan yang ditujukan oleh kumpulan aktivis.
BACA: Bayi ditahan di depot imigresen akan dihantar pulang esok
Nailah Huda
Fri Jul 12 2019
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen ketika operasi PATI di Pasar Borong Selayang pada 5 April 2019. Foto - BERNAMA.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Pelajar warga Nigeria meninggal dunia ketika dalam tahanan imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan bahawa seorang pelajar warga Nigeria telah meninggal dunia ketika dalam tahanan di Depot Imigresen Bukit Jalil pada 9 Julai.