awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar zahir keterujaan, gembira dapat kembali ke kampus

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
06/03/2021
07:05 MYT
Pelajar zahir keterujaan, gembira dapat kembali ke kampus
Rata-rata pelajar yang mula hadir ke kampus menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk menerusi sesi PdP di kampus. - Astro AWANI / Fauzi Suhaimi
SERDANG: Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan pelajar tempatan institusi pendidikan tinggi (IPT) kembali ke kampus masing-masing secara berfasa mulai 1 Mac lalu.
Kebenaran itu diberikan kepada pelajar yang berada dalam enam kategori utama termasuk mereka yang tidak mempunyai akses talian internet yang baik.
Tinjauan Astro AWANI di Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, rata-rata pelajar yang mula hadir ke kampus menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kampus.
Bagi Pelajar Jurusan Pemakanan UPM, Nurul Athirah Jusoh, 22, memberitahu, inilah masa yang ditunggu selepas dia berdepan kesukaran untuk mengikuti kelas secara dalam talian atas faktor akses internet yang sangat lemah.
Pelajar yang berada dalam enam kategori yang ditetapkan KPT mula hadir ke kampus UPM sejak 4 Mac lalu.
Pelajar yang berada dalam enam kategori yang ditetapkan KPT mula hadir ke kampus UPM sejak 4 Mac lalu.
"Saya sangat bersyukur selepas kerajaan akhirnya membuka peluang ini untuk kami datang ke kampus bagi mengikuti kelas sama ada secara fizikal mahupun dalam talian.
"Ini kerana, di sini akses internet lebih baik jika dibandingkan dengan akses yang sangat lemah di kampung saya," katanya di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, bagi seorang ibu, Maslia Mohamed Yunus, 56, yang menghantar anaknya ke kampus, menzahirkan keyakinan dan percaya kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak universiti mampu mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.
"Langkah ini wajar dan saya yakin, kalau semua amalkan SOP yang ditetapkan, kita boleh selamat (daripada COVID-19)," katanya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Alif Akmal Omar berkata, pihaknya akan terus memainkan peranan bagi membantu semua pelajar yang berdepan dengan sebarang masalah khususnya membabitkan akademik.
Alif Akmal Omar
Alif Akmal Omar
"Kita ada 45 barisan MPP yang bertugas dalam bilik operasi untuk menjawab talian dan aduan pelajar yang berada sama ada di kampus mahupun dirumah.
"Jadi, jika ada masalah yang ingin diutarakan kepada pengurusan universiti, kami cuba sampaikan dan selesaikan agar ia memberi kebaikan kepada semua pihak," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pengajaran dan pembelajaran
#pelajar
#SOP
#IPT
#pendidikan
#UPM
#pendaftaran pelajar
#Institusi Pengajian Tinggi
#Kelas fizikal
#kampus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan