KUALA LUMPUR: Seramai empat lelaki termasuk seorang pelakon drama, berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Januari lalu atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, di sebuah kedai rokok elektronik atau 'vape'.
Mereka ialah pelakon yang juga pemilik kedai itu, Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, dua pekerjanya, HS Sarvinder Singh, 23, dan Delson Dean Samson Akmal, 26, sementara seorang lagi, peniaga burger, Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30.
Ketika prosiding sebutan kes di hadapan Majistret Wong Chai Sia pada Rabu, Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan memberitahu bahawa, laporan kimia bagi kes berkenaan belum diterima.
Susulan itu, mahkamah menetapkan sebutan semula kes, pada 31 Mac ini.
Dalam kes ini, tertuduh pertama, Sarvinder Singh diwakili peguam, S Shastidaran manakala tiga tertuduh lain oleh peguam, Mohamed Ashmeer Ashrof.
Pada 10 Januari lalu, mereka didakwa dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis dengan anggaran berat 494 gram, di sebuah premis di Taman Oug Parklane Off Jalan Klang Lama di sini, pada jam 9.45 malam, 3 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan, hendaklah dijatuhi hukuman mati atau tidak kurang sembilan sebatan dan penjara seumur hidup.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Pada 4 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan, kegiatan sindiket menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau 'vape' terbongkar selepas empat daripada ahlinya ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, serbuan jam 9.45 malam itu berjaya menemukan dadah jenis ganja seberat 494 gram (g) dan cecair ganja sebanyak 3,496 milliliter (ml). -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 08 2023

Laporan Sinar Harian pada 4 Januari 2023.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.

Agong, Putera Albert II berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan F1
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad.

Cinta tidak berbalas, seorang lelaki disyaki bunuh wanita warga emas
Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun disyaki menyebabkan kematian seorang wanita warga emas, di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang pada 9 Mei lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Mei 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anwar menghadap Sultan Mizan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi beberapa keping gambar semasa sesi menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.

Ukraine nafi terlibat dalam serangan dron ke atas Moscow
Ukraine menafikan terlibat dalam serangan dron di Moscow, ibu negara Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan komited permudahkan aktiviti perniagaan, sokong pelaburan domestik - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited untuk meningkatkan dan mempermudahkan lagi aktiviti perniagaan dalam negara dan menyokong pelaburan langsung domestik.

Pelakon drama, tiga rakan berdepan hukuman mati
Seramai empat lelaki termasuk seorang pelakon drama, berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis.