awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon lelaki pukul bekas tunang gara-gara ditegur songsang

Fareez Azman
Fareez Azman
28/07/2019
16:21 MYT
Pelakon lelaki pukul bekas tunang gara-gara ditegur songsang
Suspek seorang pelakon lelaki dibebas dengan jaminan polis selepas memberi keterangan
Seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul bekas tunangnya kerana berang wanita tersebut memintanya menghentikan hubungan songsang dengan kenalannya.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan suspek yang menyerah diri sebelum ditahan itu bagaimanapun dilepaskan selepas diambil keterangan.
Kejadian berlaku pada 26 Jun lalu selepas suspek dikatakan datang ke rumah tunangnya pada jam 9 malam dan memaksa mangsa masuk ke dalam kenderaannya.
Suspek dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat serta bertindak menumbuk muka, bibir dan mencengkam mata mangsa sehingga berdarah.
Motif tindakannya itu dipercayai akibat teguran oleh mangsa terhadap suspek berkenaan hubungan rakan sejenis yang dijalin suspek.
Bagaimanapun, suspek dan mangsa dikatakan telah memutus tali pertunangan pada 21 Julai lalu.
Mangsa lewat membuat laporan polis kerana mahu menyelesaikannya secara baik, namun suspek dikatakan bertindak keterlaluan.
Suspek telah dilepaskan atas jaminan polis, dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bekas tunang
#Kanun Keseksaan
#kata kesat
#pelakon lelaki
#Polis Daerah Serdang
#pukul tunang
#Seri Kembangan
#Songsang
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan