awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon, pengarah positif dadah direman dua hari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/10/2021
06:44 MYT
Pelakon, pengarah positif dadah direman dua hari
Seorang pelakon bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Ipoh pada Ahad direman selama dua hari. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang pelakon bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah inap desa di Chandan Putri di sini pada Ahad direman selama dua hari.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 40an itu direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Menurut beliau, mereka ditahan dalam serbuan sekitar pukul 7.15 pagi oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar hasil maklumat orang awam.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan di lokasi tersebut, pihak polis telah menjumpai bahan disyaki dadah jenis ganja, anggaran berat 1.45 gram dan syabu anggaran berat 0.38 gram.
“Turut dirampas botol plastik yang telah diubah suai untuk kegunaan menghisap dadah. Nilai dadah yang dirampas berjumlah RM270,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Pelakon, pengarah antara tiga ditahan positif dadah
Terdahulu Astro AWANI melaporkan seorang pelakon berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam.
Pengarah dan penolong pengarah itu dikatakan berusia 49 dan 47 tahun.
Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan lanjut mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Topic Berkaitan
#pelakon dan pengarah ditahan
#positif dadah
#Chandan Putri
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan