awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula dapat kurangkan kos perubatan - MATA

Bernama
Bernama
01/07/2019
20:00 MYT
Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula dapat kurangkan kos perubatan - MATA
Kerajaan perlu pastikan rakyat faham bahawa pengenalan cukai ke atas minuman bergula tidak akan menjana pendapatan yang besar kepada negara tetapi sebagai langkah alternatif untuk mengurangkan pengambilan gula. - Gambar hiasan
Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula yang bermula pada Isnin, dapat membantu kerajaan mengurangkan kos perubatan berikutan pengambilan gula yang berlebihan dalam kalangan rakyat, kata Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Datuk Abdul Aziz Abu Bakar.
Beliau berkata duti eksais sedia ada yang dikenakan ke atas rokok, arak dan sebagainya bertujuan mengelak rakyat daripada menghadapi masalah kesihatan.
"Kerajaan tidak akan mendapat banyak hasil daripada pengeluar kerana mana-mana negara yang memperkenalkan cukai soda, pengeluar akan menukar produk mereka supaya dapat menghasilkan produk yang dapat mengelak daripada membayar cukai gula.
"Rakyat perlu faham, mereka (kerajaan) telah menimbang tara dan kerajaan sudah memberi banyak masa kepada komuniti perniagaan untuk menyesuaikan diri dan mengambil peluang untuk menyusun strategi dari segi produk dan cara pengeluaran.
"Cukai gula ini memberi kesan positif dari segi kos perubatan yang bermakna kita akan membentuk masyarakat yang mengambil berat mengenai pengambilan gula," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Abdul Aziz berkata rakyat Malaysia juga akan menjalani kehidupan yang lebih sihat berikutan rakyat akan mengurangkan pengambilan gula.
BACA: Pembeli akan mengambil masa terima cukai gula
BACA: Minuman dibancuh di restoran tidak terlibat cukai eksais ke atas minuman bergula
BACA: CAP sambut baik pengenalan cukai minuman bergula
Abdul Aziz berkata impak daripada pelaksanaan cukai tersebut kepada pasaran modal adalah jangka pendek kepada jangka sederhana berikutan ia merupakan tempoh penyesuaian.
"Secara umumnya, orang akan melihat sentimen merosot, itu sebabnya pasaran saham turun sedikit," katanya.
Katanya kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat dan memastikan mereka memahaminya bahawa pengenalan cukai ke atas minuman bergula tidak akan menjana pendapatan yang besar kepada negara tetapi sebagai langkah alternatif untuk mengurangkan pengambilan gula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Abu Bakar
#cukai
#cukai gula
#cukai soda
#duti eksais
#gula
#kos perubatan
#kurangkan gula
#masalah kesihatan
#MATA
#menjana pendapatan
#minuman bergula
#pasaran saham
#pengeluar
#Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan