MALAYSIA
Pelaksanaan program SARA berjalan lancar, isu awal selesai - Fahmi

Fahmi berswafoto bersama sebahagian pelanggan ketika melakukan tinjauan perkhidmatan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Kubang Semang, di sini hari ini. - Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM: Pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan isu-isu yang timbul pada peringkat awal telah berjaya diselesaikan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
- Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar, dengan purata 150200 orang hadir setiap hari untuk menebus barangan di pasar raya terlibat tanpa sebarang masalah teknikal.
- Penggunaan MyKad disifatkan sebagai langkah tepat bagi memastikan hanya penerima sah mendapat manfaat, dan kaedah ini mungkin diteruskan dalam program subsidi lain seperti RON95.
- Fahmi Fadzil menerima maklum balas positif daripada pengunjung, yang menghargai inisiatif kerajaan dalam membantu golongan memerlukan melalui program SARA.
Menurutnya, keadaan di pasar raya itu juga memuaskan dengan label barangan yang jelas serta stok keperluan asas sentiasa mencukupi.
"Beras ada banyak, telur juga lebih daripada cukup. Saya dapati pelaksanaan program ini berjalan baik tanpa sebarang gangguan," katanya selepas melawat pasar raya tersebut.
Fahmi berkata beberapa pengunjung yang ditemuinya di pasar raya berkenaan turut melahirkan penghargaan terhadap inisiatif kerajaan itu.
Mengenai penggunaan MyKad dalam pelaksanaan SARA, Fahmi menjelaskan langkah itu adalah tepat kerana ia memastikan hanya penerima sah mendapat manfaat daripada program berkenaan.
"Di Malaysia, pemegang MyKad sudah tentu menggunakan kad sendiri, maka tiada isu salah salur. Ini menjadikan kaedah ini sangat sesuai," katanya.
Fahmi berkata mekanisme penggunaan MyKad itu juga berkemungkinan akan diteruskan dalam program lain termasuk pelaksanaan subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami