BAGAN DATUK: Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Jawatankuasa Majlis TVET Negara yang dipengerusikannya telah menyelaraskan program berkenaan agar tidak berlaku pertindihan peranan.
"Biarlah ia berjalan mengikut acuan sekarang. Tidak perlu dikurangkan, di bawah KKDW khususnya di bawah MARA, kebolehpasaran graduan TVET semakin meningkat.
"Kita juga ada MTUN (Jaringan Universiti Teknikal Malaysia) yang memastikan kursus-kursus ditawarkan sentiasa memenuhi kehendak pasaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.
Baru-baru ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) bagi Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan Program TVET yang dikendalikan oleh 12 kementerian dan agensi kerajaan dihadkan kepada tiga sahaja.
Pengerusinya Saifuddin Abdullah berkata 12 kementerian dan agensi untuk menjaga TVET terlalu banyak dan akan menimbulkan pelbagai isu termasuk tidak semua institusi itu menggunakan akreditasi yang ditentukan oleh Majlis TVET Kebangsaan.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata bagi kemasukan ke 1,334 institusi TVET, permohonan kini boleh dibuat secara dalam talian tunggal iaitu melalui Unit Pengambilan TVET atau UPTVET.
Beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bahawa permohonan ke Kolej Vokasional adalah dua kali ganda berbanding sebelum ini menandakan ibu bapa mula memilih TVET untuk pelanjutan pelajaran anak-anak mereka.
"Terkini 94.5 peratus graduan TVET ini berjaya mendapat pekerjaan. Bidang-bidang ini menawarkan gaji premium untuk graduan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024
Ahmad Zahid berucap pada perasmian berkelompok persidangan tahunan UMNO cawangan-cawangan empat peringkat dalam bahagian Bagan Datuk tahun 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.