awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan Undi 18 antara tujuh tawaran Perdana Menteri

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2021
12:21 MYT
Pelaksanaan Undi 18 antara tujuh tawaran Perdana Menteri
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa, umum Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
Menurut Perdana Menteri, bagi tujuan itu, Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen.
Pelaksanaan Undi 18 merupakan antara tawaran yang digariskan Muhyiddin dalam usaha mendapatkan sokongan Ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan Perikatan Nasional (PN) terus mentadbir negara.
Berikut tujuh tawaran Perdana Menteri sekiranya persetujuan bi-partisan dicapai:
1. Semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik.
2. Penambahan siling Dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion dari RM65 bilion akan dibentangkan di Parlimen.
3. Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal dan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti akan dibentangkan.
Cadangan rangka persefahaman rentas parti akan dilaksanakan
BACA: Kerjasama rentas parti untuk kestabilan sebelum PRU15
BACA: 'Saya juga bertanggungjawab elak kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut tidak selesai' - PM
Kerajaan akan memperkukuhkan reformasi Parlimen - PM
4. Kerajaan akan perkukuhkan reformasi Parlimen.
5. Kerajaan akan melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik.
6. RUU yang akan dibentangkan di Parlimen termasuk RUU Perbekalan akan dirunding dengan pembangkang.
7. Ketua Pembangkang akan diberi saraan dan kemudahan setara dengan seorang Menteri Kanan.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#tawaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan