KUCHING:Pelan perancangan untuk membangunkan 1,236 menara telekomunikasi di Sarawak tahun ini berjalan lancar.
Projek yang digerakkan melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan projek Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) ini akan fokus kepada usaha untuk menangani masalah perhubungan sosial masyarakat luar bandar yang amat kritikal.
Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Zaidi Razak menjelaskan pembinaan infrastruktur telekomunikasi itu akan merangkumi beberapa inisiatif.
“Infrastruktur digital ini meliputi penggunaan jalur lebar mudah alih, jalur lebar satelit, jalur lebar berkelajuan tinggi dan akses tanpa wayar tetap (FWA).
“Dengan memberi keutamaan kepada kawasan luar bandar, Sarawak akan menyegerakan 636 lokasi baru menara iaitu 38.3% daripada jumlah keseluruhan 1,661 lokasi di seluruh negara”, jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, Sekretariat Telekomunikasi Sarawak dipengrusikan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) ibu pejabat Sarawak dan SMA telah menerangkan kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai progres terkini pelan infrastruktur perhubungan yang berkaitan.
“Pelan SMART akan menyumbang 600 buah menara lagi bagi menyokong pelan JENDELA menerusi pembinaan 300 menara pertama dan 300 menara seterusnya.
“Setakat ini 242 menara telah siap sepenuhnya untuk 300 menara pertama sementara pelan pembinaan untuk 300 menara seterusnya sudahpun disiapkan," katanya.
Ujar Zaidi lagi, dengan berbaki 300 menara yang kini berada di bawah pelbagai peringkat penyiapan, penduduk di 60 lokasi di Jalan Sebauh, Bintulu dalam masa yang sama akan menikmati kemudahan tetap perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi.
“Kabel gentian optik akan dipasang sepanjang 130 kilometer di kawasan tersebut dan ianya dijangka dipasang pada suku kedua 2021," ujarnya lagi.
Sementara itu, konsep akses tanpa wayar kekal (FWA), melibatkan pemasangan tulang belakang gentian optik di 150 menara baru dan sedia ada di kawasan pinggir dan luar bandar dijangka akan siap sepenuhnya penghujung Februari tahun ini.
SMA turut yakin projek-projek ini akan diteruskan walaupun negara masih berdepan pandemik COVID-19 agar setiap projek berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.
“Oleh itu, kami meminta kerjasama seperti ini turut diberikan oleh pemegang taruh iaitu pihak awam dan swasta untuk memastikan kelancaran projek telekomunikasi ini demi memenuhi keperluan perhubungan antara masyarakat yang kian mendesak," tambahnya.
Hafiz Shazwan Sali
Fri Jan 15 2021

Setakat ini 242 menara telah siap sepenuhnya untuk 300 menara pertama sementara pelan pembinaan untuk 300 menara seterusnya sudahpun disiapkan. - Foto fail

Sarawak mula program imunisasi COVID-19
Bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Nuzuluddin Abdul Razak untuk ikuti perkembangan program vaksin di Bumi Kenyalang ketika ini.

Vaksin COVID-19 | 130 'frontliners' terima vaksin di KK Kota Samarahan
Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini. Penolong Pegawai Perubatan KK Kota Samarahan, Othman Buang berkata proses vaksinasi akan dilaksanakan dua sesi pagi-petang melibatkan beberapa agensi.

'Kamu adalah hero saya' kata kanak-kanak tersepit kaki kepada bomba
Raydon Koh berterima kasih kepada anggota bomba ketika mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit di dalam saluran paip lubang tandas.

Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian
KPDNHEP terus memantau peniaga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Feb sehingga 22 Mac depan.

AS lancar serangan di Syria sasar militan
Sasaran kali ini adalah terhadap fasiliti kemudahan yang didakwa Pentagon sebagai milik militan yang disokong Iran.

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Eksport, import Malaysia pada Januari 2021 terus catat pertumbuhan positif
Jumlah eksport Malaysia meneruskan momentum positif selama lima bulan berturut-turut, berkembang 6.6 peratus daripada RM84.1 bilion pada Januari 2020 kepada RM89.6 bilion.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

Penubuhan SPV demi pastikan liputan diperbaiki, syarikat penyedia tidak terbeban - MCMC
Pada masa sama penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

SPV untuk pastikan pelaksanaan 5G lebih pantas - Saifuddin
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) menerusi Syarikat Bertujuan Khas (SPV) untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan pantas.

SKMM mulakan sistem pengumpulan data capaian internet bulan depan
Pada suku keempat tahun ini, SKMM menjangkakan pengguna boleh melihat kualiti perkhidmatan internet oleh pembekal masing-masing.

Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis di Kota Sarang Semut di sini, hari ini selepas mendapati gambarnya disalah guna dengan dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.

Muat naik video kenyataan jelik, Jamal Yunos akan kemuka representasi
Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang didakwa atas dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook miliknya, akan mengemukakan representasi kepada AGC berkaitan pertuduhan itu.

Pengasas Sugarbook ditahan
Siasatan awal mendapati suspek mengaku sebagai pengasas kepada aplikasi Sugarbook.

Perisian tidak sah: Seniman dan PFM cadang hukuman lebih berat
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi, isu cetak rompak digital menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah ini telah membelenggu industri kreatif sejak sekian lama.

Guna kotak media dengan perisian tidak sah, bahayanya di pihak pengguna juga - SKMM
Di sebalik kemudahan teknologi itu, rata-rata pengguna tidak menyedari risiko mereka yang membuka ruang untuk menjadi mangsa serangan siber.

Wanita berdepan enam pertuduhan miliki kotak media iBoite-X secara haram
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM300,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.