awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Damai Gaza: Malaysia, Turkiye boleh gembleng negara-negara Islam bukan Arab – Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
07/01/2026
12:22 MYT
Pelan Damai Gaza: Malaysia, Turkiye boleh gembleng negara-negara Islam bukan Arab – Penganalisis
Pemandangan Utara Gaza yang menunjukkan sebahagian kemusnahan yang dialami susulan serangan Israel. - Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turkiye mempunyai pengaruh tersendiri yang boleh menggembleng negara-negara Islam bukan arab untuk menyuarakan pendirian mengenai isu Gaza secara lebih berprinsip.

Ringkasan AI
  • Malaysia dan Turkiye berpotensi memimpin suara negara Islam bukan Arab untuk menyuarakan pendirian lebih berprinsip mengenai isu Gaza.
  • Negara Arab terikat kepentingan geopolitik, menjadikan peranan Malaysia dan Turkiye penting dalam rundingan pembangunan semula Gaza.
  • Kerjasama kedua negara juga kritikal untuk menentang tindakan unilateral AS dan mengukuhkan multilateralisme di platform antarabangsa seperti PBB dan OIC.

Menurut Penyelidik dan Penasihat Dasar Kerajaan, Amirul Mukminin, negara-negara arab ketika ini terikat dengan kepentingan geopolitik tersendiri yang menyebabkan beberapa kompromi terpaksa diambil dalam merundingkan pembangunan semula Gaza.
“Kalau kita lihat dalam pelan damai Gaza tersebut, kebanyakan pemegang taruh yang terlibat ialah negara-negara bukan Islam barat dan negara-negara arab. Negara-negara arab ini ada kepentingan yang berbeza.
“Sedangkan negara-negara Islam yang bukan arab diwakili oleh Turkiye. Di sinilah Malaysia memerlukan Turkiye sebagai saluran untuk menyuarakan kepentingan Malaysia secara lebih berprinsip, tegas dan dekat dengan nilai-nilai kemanusiaan.
“Negara-negara arab ini pastinya percaturan dan perkiraan geopolitik dan keselamatan masing-masing yang sedikit sebanyak perlu dirundingkan (dikompromi),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam temu bual sama, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Roy Anthony Rogers pula menekankan kepentingan kerjasama Malaysia dan Turkiye untuk menangani cabaran geopolitik yang melibatkan tindakan agresif Amerika Syarikat (AS).
"Solidariti bersama untuk menghadapi sebarang cabaran tindakan unilateral Amerika Syarikat (AS). Ini amat membimbangkan kerana kita lihat multilateralisme semakin terhakis. Tindakan unilateral seperti mengenakan tarif dan mengambil pemimpin dari sebuah negara berdaulat.
“Oleh itu, negara-negara lain harus bekerjasama untuk menyuarakan pendapat sama ada di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau platform antarabangsa lain termasuk Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC).
“Malaysia dan Turkiye merupakan negara anggota dalam PBB dan OIC. Malah, Datuk Seri Anwar dan Recep Tayyib Erdogan merupakan pemimpin yang disegani dalam dunia Islam dan dunia bukan Islam,” jelasnya.
Anwar memulakan lawatan rasmi ke Turkiye pada 6 hingga 8 Januari. Ini merupakan lawatan rasmi ke luar negara yang pertama untuk tahun 2026.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Amerika Syarikat
#Gaza
#Malaysia
#Turkiye
#PBB
#oic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan