awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan hala tuju peralihan tenaga dilancar selewat-lewatnya Jun ini - Rafizi

Bernama
Bernama
28/03/2023
08:26 MYT
Pelan hala tuju peralihan tenaga dilancar selewat-lewatnya Jun ini - Rafizi
Rafizi berkata langkah mempercepat peralihan tenaga kepada tenaga boleh baharu bukan sahaja menepati kehendak ekonomi global, malah menjamin kedudukan bekalan tenaga negara pada masa akan datang. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga negara selewat-lewatnya akhir Jun tahun ini bagi mempercepat projek peralihan tenaga boleh baharu, sekali gus menstrukturkan semula ekonomi.
Menteri berkenaan Rafizi Ramli berkata langkah mempercepat peralihan tenaga kepada tenaga boleh baharu bukan sahaja menepati kehendak ekonomi global, malah menjamin kedudukan bekalan tenaga negara pada masa akan datang.
"Kita yakin akan menyuntik lebih banyak pelaburan ke Malaysia," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai inisiatif awalan membina semula ekonomi sebagai antara empat teras strategik utama dalam konsep Malaysia MADANI pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Rafizi berkata tumpuan kerajaan juga terarah untuk mewujudkan ekosistem syarikat pemula yang lebih inklusif dan mampan dalam melonjakkan kadar inovasi kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya kewujudan ekosistem yang lebih baik daripada syarikat pemula dapat mengimbangkan antara insentif yang diberikan kerajaan dengan potensi supaya bakal penerima insentif mempunyai daya inovasi yang tinggi.
"Syarikat pemula yang mempunyai lonjakan inovasi yang lebih, akan memberi gambaran berhubung tahap ekonomi negara yang kita yakin boleh menarik lebih banyak pelaburan pada masa akan datang.
"Kesemua strategi ini akan dirangkumkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang sedang dilaksanakan dan akan dibentangkan ketika persidangan Dewan Rakyat pada Oktober ini," katanya.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Rafizi Ramli
#Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga
#projek peralihan tenaga boleh baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan