PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan, sekali gus memberi pulangan semula kepada ekonomi negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata perkara itu, dimaklumkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2024, dipengerusikannya hari ini.
"Kerajaan akan memberi penekanan utama kepada pertumbuhan sukan sebagai sebuah industri bernilai tinggi.
"Berdasarkan Laporan Awal Akaun Satelit Sukan 2022, nilai ditambah kasar industri sukan bertumbuh 12.1 peratus pada 2022, berbanding 1.9 peratus pada tahun sebelumnya, dengan jumlah RM19.6 bilion pada 2022 berbanding RM17.5 bilion pada 2021," katanya dalam kenyataan sempena mesyuarat tersebut.
Mesyuarat JKPS berperanan untuk menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan sukan, termasuklah memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat juga bersetuju dengan pelaksanaan kerjasama strategik antara Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS), KBS dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Dan Kementerian Kesihatan, dalam Pendidikan Anti-doping.
"Kerjasama strategik ini akan dilaksanakan kepada pada atlet di Institusi Pengajian Tinggi, atlet yang bertanding di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dan Para Sukma Sarawak 2024, serta pelaksanaan pendidikan 'Kenali Ubat Anda'," katanya.
Ahmad Zahid berkata semua kementerian perlu menggalas peranan masing-masing dalam menambah baik program, kemudahan dan peralatan sukan, bagi menampung perubahan populasi negara yang dijangka mencapai status negara tua pada 2030.
"Menurut unjuran yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 15 peratus daripada penduduk Malaysia, berumur 60 tahun ke atas pada tahun tersebut," katanya.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat JKPS merupakan satu platform yang diharap dapat menyelesaikan segala isu berkaitan sukan secara berkesan.
"Ia juga dapat diperluas dengan melibatkan semua agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), ke arah memperkasakan pembangunan sukan secara inklusif bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera.
"Perancangan dan pelaksanaan inisiatif berkaitan memerlukan kerjasama semua pihak berkepentingan dalam menjayakan hasrat kerajaan, seperti tergaris dalam Dasar Sukan Negara dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan memberi penekanan utama kepada pertumbuhan sukan sebagai sebuah industri bernilai tinggi. - Foto Bernama
Zii Jia kejutkan Antonsen untuk ke separuh akhir Malaysia Masters
Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.
AWANI Borneo [24/05/2024] - SHMMP Kaamatan, Gawai | Hasil negeri 40 peratus | Banjir kilat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
RM50 juta dilulus selenggara pavemen, bukan pavemen Sarawak
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Sarawak bagi Kerja Penyelenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen di Jalan Persekutuan di seluruh negeri yang akan dikendalikan oleh kontraktor G1 hingga G4.
56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
Seramai 56 pelajar asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang, Lawas diarahkan balik ke rumah masing-masing apabila sekolah mereka dilanda banjir kilat, awal pagi Jumaat.
Harungi cabaran kewartawanan, berita baik akan diumum PM buat pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula esok
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
Kenyataan Tiong boleh undang perpecahan GPS - Abdul Karim
Naib Presiden PBB Datuk Seri abdul Karim Rahman Hamzah menyelar kenyataan Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakawa tiada lagi kerusi tradisi di Sarawak dalam politik era moden
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof berkata, Kerajaan Negeri menarik balik semua hujahan yang dibuat di Mahkamah Rayuan mengenai isu "locus standi" SLS kerana isu ini tidak dibangkitkan atau dihujahkan di Mahkamah Tinggi oleh Kerajaan Sabah.
Bekalan beras mencukupi, bekalan terus dipantau
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan stok bekalan beras di Sabah dan Sarawak mencukupi menjelang Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.