awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco

Bernama
Bernama
28/01/2025
20:00 MYT
Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Mohd Fared berkata kertas kerja mengenainya kini di peringkat akhir dengan RM800,000 akan diperuntukkan kerajaan negeri bagi melaksanakan pelan berkenaan menerusi PIJ Halal Ventures. - Foto fail/BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
Beliau berkata kertas kerja mengenainya kini di peringkat akhir dengan RM800,000 akan diperuntukkan kerajaan negeri bagi melaksanakan pelan berkenaan menerusi anak syarikat Perbadanan Islam Johor (PIJ) Holdings iaitu PIJ Halal Ventures.
"Industri halal di negeri ini mesti bergerak lebih pantas, sangat rugi kalau kita tidak ambil peluang dan saya pasti ada berita gembira Mac nanti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Tadika Agama Johor 2024 di sini pada Selasa.
Mohd Fared yang diminta mengulas perkembangan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 berkata pelan itu antaranya bagi mempermudah industri kecil memohon sijil halal, memperkasakan industri tempatan dan memastikan pematuhan piawaian halal global untuk membina keyakinan pengguna terhadap produk Johor.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 November lepas mengumumkan peruntukan RM800,000 bagi merancakkan industri halal dan usaha itu dilakukan dengan kerjasama PIJ Holdings.
Secara dasarnya pelan berkenaan merangkumi antaranya bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) halal, rumah inap mesra Muslim dan pembangunan sistem dan platform logistik halal bersepadu.
Sementara itu, mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), Mohd Fared berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sentiasa memantau perkembangan pendidikan anak-anak bekas anggota GISB yang ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Beliau berkata kerajaan negeri turut menyediakan bantuan saraan bulanan kepada keluarga bekas pengikut GISB yang berdaftar dengan JAINJ untuk dipulihkan berikutan sebahagian besar mereka kehilangan kerja apabila operasi dilaksanakan.
"Justeru, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ambil tanggungjawab dengan menyalurkan saraan bulanan kepada mereka, tetapi hanya bagi yang kembali dan berdaftar dengan kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jkm
#TVET
#Halal
#GISB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan