awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi tahun 2020-2039 akan diperkenal

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2020
14:37 MYT
Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi tahun 2020-2039 akan diperkenal
Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan menerusi pelan tersebut hala tuju Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang meliputi pindaan kepada definisi TBB serta penetapan sasarannya bagi tahun 2025 hingga 2035. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi tahun 2020-2039 akan dilancarkan dalam masa terdekat, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Shamsul Anuar berkata Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) yang dipengerusikannya pada Selasa telah meluluskan pelan tersebut.
Beliau juga berkata, menerusi pelan tersebut hala tuju Tenaga Boleh Baharu (TBB) meliputi pindaan kepada definisi TBB serta penetapan sasarannya bagi tahun 2025 hingga 2035.
"Keputusan mesyuarat akan diangkat untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri, sebelum sebarang pengumuman terperinci mengenainya akan dibuat," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Shamsul Anuar menjelaskan mesyuarat tersebut turut dihadiri pegawai-pegawai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan pegawai dari Jabatan Single Buyer.
Selain itu, mesyuarat JPPPET turut disertai secara virtual oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta PETRONAS.
Topic Berkaitan
#Shamsul Anuar Nasarah
#Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
#JPPPET
#TBB
#TNB
#Tenaga Boleh Baru
#Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan