Ringkasan AI
- Kerajaan akan mengumumkan pelan pemulihan menyeluruh bagi membantu mangsa insiden letupan saluran gas di Putra Heights minggu ini.
- Majlis penyerahan bantuan wang sewa dan pengumuman usaha pembinaan semula serta pembaikan rumah bagi mangsa kebakaran akan diadakan esok.
- Kejadian pada 1 April mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar, dan 218 rumah tidak terjejas.
Beliau dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bakal mengumumkan pelan pemulihan terbaik kepada mangsa kebakaran yang berlaku pada 1 April lalu.
"Saya dan Menteri Besar Selangor akan membuat pengumuman berita baik iaitu pelan pemulihan terbaik kepada mangsa kebakaran yang telah menjadi sebahagian dari catitan sejarah negara kita," katanya.
Nga turut berharap agar orang ramai terutamanya mangsa agar bersabar sementara menunggu pengumuman tersebut.
"Saya harap rakyat sabar sedikit dan beri sedikit masa saja, nantikan berita baik yang akan disampaikan minggu ini," katanya lagi.
Beliau berkata demikian semasa ditemui wartawan selepas majlis perasmian majlis pecah tanah projek pembangunan Rumah Belia Madani (RBM) dan Rumah Mampu Milik (RMM) di Mukim Batu, di sini, hari ini.
Majlis pecah tanah tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang tadi.
Sebelum ini, Amirudin dilaporkan berkata seramai 396 ketua isi rumah terlibat dalam insiden itu layak menerima bantuan sewa rumah selama enam bulan, dengan kadar RM2,000 sebulan.
Tragedi Kebakaran itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, manakala 81 rumah lagi mengalami kerosakan separa, 57 rumah terkesan tanpa terbakar, dan 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong.
