NATIONAL
Pelan pendidikan baharu, reformasi sekolah antara tumpuan utama KPM

Fadhlina berkata KPM juga sedang berusaha melanjutkan dasar pendidikan wajib ke peringkat menengah sekali gus meminta kerjasama semua Exco serta pimpinan negeri untuk merealisasikan hasrat murni itu demi masa depan anak-anak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tumpuan utama ke arah membangunkan pelan pendidikan baharu (2026-2035), Kurikulum Persekolahan 2027 dan agenda Reformasi Sekolah pada tahun ini.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan memberi tumpuan kepada pembangunan Pelan Pendidikan 20262035, Kurikulum Persekolahan 2027 dan agenda Reformasi Sekolah, serta usaha melanjutkan dasar pendidikan wajib ke peringkat menengah.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyeru kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri untuk memastikan pendidikan berkualiti dan inklusif dapat dicapai oleh semua anak Malaysia.
- Keputusan SPM 2024 menunjukkan peningkatan prestasi dan penurunan kadar keciciran, hasil pelaksanaan program intervensi di peringkat negeri yang berkesan.
Fadhlina berkata Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri yang diadakan semalam, platform terbaik untuk menterjemahkan kebersamaan dan komitmen semua pihak bagi membangunkan pendidikan.
"Ia peluang untuk menyampaikan perkembangan terkini pendidikan negara, membincangkan isu-isu berbangkit di peringkat negeri dan mencari jalan penyelesaian.
"Saya turut mengambil maklum semua pandangan dan sumbang saran yang diberi sewaktu mesyuarat. Apa saja usaha untuk kebaikan sektor pendidikan perlu disambut baik.
"Semoga hubungan antara KPM dan kerajaan negeri akan terus diperkukuh bagi meningkatkan kecemerlangan kualiti pendidikan negara," katanya.
Fadhlina berkata dalam mesyuarat itu beliau turut berkongsi mengenai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan.
"Program intervensi yang dilaksanakan di peringkat negeri ternyata membuahkan hasil. Syabas semua!"
"Keciciran SPM turut berjaya ditangani dengan baik. Kadar keciciran pada 2024 jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semoga usaha baik di semua peringkat dapat diteruskan sekali gus menoktahi keciciran," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami