KUALA LUMPUR: Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030 akan memberi fokus kepada antaranya mengukuhkan tadbir urus kesejahteraan pemakanan melalui perundangan, komitmen politik dan pihak berkepentingan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata itu antara lima teras di bawah pelan itu yang dibincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak yang dipengerusikannya hari ini.
Mesyuarat itu diadakan bagi memberikan tumpuan terhadap aspek pemakanan seimbang kepada golongan muda dan belia yang akan menjadi pemacu pembangunan negara di masa hadapan.
"Strategi lain adalah peningkatan kualiti dan akses perkhidmatan pemakanan bagi memerangi masalah beban berganda malpemakanan kanak-kanak, pemantapan persekitaran dan masyarakat yang kondusif dalam meningkatkan kesejahteraan pemakanan kanak-kanak.
"Teras lain adalah memperkasakan pembangunan kapasiti dan modal insan ke arah kesejahteraan pemakanan kanak-kanak serta sinergi advokasi pemakanan kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid berkata pelan itu menyasarkan impak kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun melibatkan individu, keluarga dan komuniti termasuk golongan rentan sebagai satu usaha mencegah dan mengawal masalah itu daripada terus meningkat sekali gus mengurangkan beban kerajaan menanggung kos rawatan.
Ia termasuk kempen kesedaran, antaranya di rumah-rumah ibadat dan melibatkan lebih ramai sukarelawan dalam agenda kesihatan berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan bermesyuarat dua kali setahun bagi memastikan peruntukan yang disalurkan memberi impak positif kepada status pemakanan kanak-kanak (bantut dan obesiti) dan akan menekankan kepada lima perkara.
Perkara tersebut termasuk strategi komunikasi melalui kempen secara besar-besaran serta perubahan pemikiran ke arah pencegahan berbanding rawatan (penyaluran peruntukan perlu tertumpu kepada program dan aktiviti pencegahan berbanding rawatan).
Selain itu jawatankuasa itu juga akan menekankan kepada penglibatan sukarelawan dalam pelaksanaan program dan aktiviti pencegahan malpemakanan, penyediaan menu di taska dan institusi pendidikan kanak-kanak perlu melalui Program Kesihatan Awam serta penglibatan rumah ibadat bagi menjalankan aktiviti peningkatan kesedaran dan pengetahuan masyarakat.
"Saya pasti keberhasilan pelan ini menunjukkan komitmen dan keprihatinan kerajaan untuk memerangi masalah malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak bagi melahirkan generasi yang sihat serta produktif," katanya.
Ahmad Zahid berharap semua kementerian dan agensi yang terlibat, termasuk badan bukan kerajaan serta masyarakat untuk terus berganding bahu bagi sama-sama memerangi masalah beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak untuk membina generasi Malaysia yang sihat dan madani.
Beliau berkata perubahan arus globalisasi telah memberi kesan signifikan kepada amalan pemakanan dan mengakibatkan negara berdepan masalah beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak.
Katanya, kanak-kanak yang mengalami masalah pemakanan akan membesar menjadi dewasa yang berisiko tinggi menghidapi masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) yang memerlukan pembiayaan rawatan amat tinggi sepanjang hayat.
Ahmad Zahid berkata hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun mendapati bahawa prevalen bantut meningkat kepada 21.8 peratus pada 2019 berbanding 17.7 peratus pada 2015.
"Data ini dikategorikan sebagai tinggi di bawah indeks Kepentingan Kesihatan Awam dan Malaysia adalah satu-satunya negara ASEAN yang tidak mencapai tahap memuaskan bagi standard tumbesaran mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.
Selain itu, tinjauan kebarangkalian punca masalah beban berganda malpemakanan mendapati kanak-kanak tidak cukup makan sayur sehari (92 peratus), tidak cukup makan buah sehari (67 peratus) dan tidak makan sarapan (70 peratus) yang meningkatkan potensi masalah kesihatan berkaitan kurang berat badan dan bantut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak Bil. 1/2023 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
[KOLUMNIS] Transformasi Biru langkah memperkasa kecukupan makanan negara
DI TENGAH-TENGAH cabaran global yang kian meningkat, isu kecukupan makanan menjadi keutamaan bagi setiap negara, termasuk Malaysia.
Pelan strategik perangi masalah malpemakanan kanak-kanak fokus lima teras - Ahmad Zahid
Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia akan memberi fokus kepada antaranya mengukuhkan tadbir urus kesejahteraan pemakanan.
Perlu tambahan 4,000 perjawatan dalam Pelan Strategik Maritim Malaysia 2040
Selain faktor keluasan perairan dan pencerobohan nelayan asing, penambahan perjawatan diperlukan supaya seiring dengan pertambahan aset agensi.
Pelan strategik perangi masalah bantut dilulus - Khairy
Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030 dilulus.
Malaysia selaras Pelan Strategik untuk NCD dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO
Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO.
PTPTN ubah imej dengan Pelan Strategik 2021-2025
Setelah 24 tahun kewujudan, masyarakat perlu menyedari fungsi dan sumbangan utama PTPTN kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan negara.
MAHB kemuka pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang kepada kerajaan
Pelan pembangunan semula itu telah disahkan menerusi penanda aras yang luas dan penglibatan pihak berkepentingan.
Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin
Baginda bertitah kejayaan juga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai polemik perebutan kuasa sehingga mengheret kepada berlakunya krisis kepimpinan.
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.
Pelan strategik Kementerian Luar Negeri 2016-2020 dilancar Isnin ini
Pelan strategik Kementerian Luar dalam menentukan hala tuju dasar luar negara menjelang 2020 akan dilancarkan Isnin ini, menurut kenyataan Wisma Putra malam tadi.