awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Tindakan Nasional Buruh Paksa dilancar

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
26/11/2021
11:34 MYT
Pelan Tindakan Nasional Buruh Paksa dilancar
Saravanan menunjukkan buku Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa (NAPFL) 2021-2025 pada majlis pelancarannya di sebuah hotel hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Nasional berhubung Buruh Paksa (NAPFL) dilancarkan secara rasminya hari ini bagi menggariskan inisiatif Malaysia melalui rangka kerja yang berstruktur ke arah menghapuskan gejala buruh paksa.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata dengan pelancaran pelan tersebut ia diharap akan mendapat kerjasama yang erat dari kalangan pemegang taruh untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam melaksanakannya.
“Isu buruh paksa bukan sahaja merupakan satu isu saling rentas antara Kementerian dan Agensi Kerajaan, malah ia juga memerlukan kerjasama daripada pihak majikan dan industri, kesatuan sekerja serta pertubuhan masyarakat.
“Adalah menjadi harapan saya, agar pelaksanaan Pelan Tindakan ini dapat dibuat secara menyeluruh dan selari dengan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa, di samping obligasi di peringkat domestik,” atanya ketika berucap melancarkan pelan tersebut di ibu negara petang tadi.
[TERKINI] Sidang media Menteri Sumber Manusia
Menurut Kementerian Sumber Manusia, pelan dibangunkan dengan kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) disamping sebagai dokongan kepada Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP).
Ia mengandungi empat matlamat strategik iaitu aspek kesedaran, penguatkuasaan, migrasi buruh dan akses kepada remedi dan perlindungan untuk mangsa.
Komitmen Malaysia bagi menangani dan membasmi buruh paksa katanya dizahirkan melalui kesediaan kerajaan dalam meratifikasikan Protokol 29 ILO berhubung buruh paksa yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 November baru-baru ini.
Kementerian Sumber Manusia juga akan mendeposit instrumen ratifikasi tersebut dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#Saravanan
#NAPFL
#Pelan Tindakan Nasional berhubung Buruh Paksa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan