awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 akan dibangunkan - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
06/09/2022
08:51 MYT
Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 akan dibangunkan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata satu UAS-TM juga akan dibangunkan bagi meningkatkan Kecekapan Proses Pendaftaran Operator Dron untuk menambahkan pendaftaran UAS menjelang 2030. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) akan dibangunkan sebagai agenda nasional bagi menyokong ekosistem dron, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata itu antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat kedua Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) dipengerusikan beliau hari ini, yang turut dihadiri menteri-menteri serta ketua-ketua jabatan dan agensi terlibat.
"Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) sebagai agensi penyelaras dan sekretariat MDTAP30 akan melaporkan kemajuan kepada ahli majlis melalui Kluster Teknologi Baru Muncul," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata satu Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UAS-TM) juga akan dibangunkan bagi meningkatkan Kecekapan Proses Pendaftaran Operator Dron untuk menambahkan pendaftaran UAS menjelang 2030.
Selain itu, mesyuarat mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri seperti kerenah birokrasi yang akan diteliti bagi mengembangkan industri dron negara.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#pelan tindakan dron kebangsaan
#MED4IRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan