MACHANG: Perancangan Pelan Transformasi 2.0 Felcra Berhad akan dilaksanakan secepat mungkin, untuk memberi manfaat dan menjaga kebajikan para peserta, kata Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Beliau berkata pelan tersebut akan merangkumi beberapa aspek seperti keterjaminan makanan, urus niaga berkaitan Felcra dan tadbir urus.
"Saya telah buat perancangan sebelum ini untuk meneruskan Pelan Transformasi 2.0 yang sepatutnya bermula awal tahun ini, tetapi berikutan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan pelan tidak dapat diputuskan.
"Perancangan ini amat baik dan insya-Allah akan dilaksanakan secepat mungkin, kerana matlamat kita ialah membantu peserta," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bukit Tiu, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata perancangan perlu dilakukan dengan sebaik mungkin, dalam usaha menambah hasil Felcra untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.
"Apabila kita mendapat mandat untuk terlibat sama dalam soal keterjaminan makanan sebagai contoh ternakan ayam pedaging, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Felcra untuk turut sama terlibat serta mengenai tanaman padi pula, kita juga memilikinya di Seberang Perak, Perak.
"Kita sentiasa komited terhadap sebarang tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan, kerana kita akan terus maju melangkah ke hadapan untuk menjadi lebih baik sekali gus dapat membantu rakyat dan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Ahmad Jazlan berkata, perancangan perlu dilakukan dengan sebaik mungkin, dalam usaha menambah hasil Felcra untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan. - Gambar fail BERNAMA

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
Pihaknya menerima maklumat pada Jumaat, Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan
BERSIH mengecam pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pelan Transformasi 2.0 Felcra akan diadakan secepat mungkin - Ahmad Jazlan
Pelan tersebut akan merangkumi beberapa aspek seperti keterjaminan makanan, urus niaga berkaitan Felcra dan tadbir urus.

Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi Felcra
Pelantikan itu bermula 1 Mac lalu dan mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantu tiga daerah termiskin antara fokus KKDW bantu Sabah - Ahmad Zahid
Pihak Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah menyuarakan saranan, supaya KKDW dapat membantu tiga daerah itu.

Rasuah: Bung Moktar, isteri beri keterangan bermula 15 Jun
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen pada 15 Jun.

Baki RM312.22 juta tunggakan pinjaman pembangunan tanah peserta telah ditukar status - Felcra
Penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam Felcra, termasuk jumlah RM312.22 juta itu, diluluskan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022.

Tunggakan hutang tidak mampu dibayar Felcra berjumlah RM312.22 juta - Laporan Ketua Audit
Baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

TPM arah Felcra sedia pelan Transformasi 3.0, fokus keterjaminan makanan
Usaha itu mampu mengurangkan kebergantungan kepada import terutamanya melibatkan bahan makanan seperti ayam, daging dan telur.

'Pastikan amanah, jujur, telus' - Pesan Zahid kepada kakitangan Felcra
Ahmad Zahid mengingatkan warga kerja Felcra Berhad (Felcra) supaya sentiasa amanah, jujur dan telus ketika menjalankan tanggungjawab.

Rumah terbakar: Wanita warga emas maut di Felca Lubuk Sireh
Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di FELCRA Lubuk Sireh hari ini.