awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19 prakemasukan

Bernama
Bernama
18/01/2023
20:07 MYT
Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19 prakemasukan
Joachim berkata Jemaah Menteri memutuskan bahawa prosedur kemasukan semua pelancong asing ke Sabah adalah diseragamkan sepenuhnya dengan dasar ditetapkan Kementerian Kesihatan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Semua pelancong asing yang masuk ke Sabah tidak lagi perlu menjalani ujian COVID-19 prakemasukan dan mengemukakan sijil vaksinasi bermula semalam, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Beliau berkata Jemaah Menteri Sabah semalam membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke negeri itu dengan prosedur di peringkat Persekutuan.
"Jemaah Menteri hari ini (semalam) memutuskan bahawa prosedur kemasukan semua pelancong asing ke Sabah adalah diseragamkan sepenuhnya dengan dasar ditetapkan Kementerian Kesihatan.
"Dengan itu semua pelancong asing tidak perlu menjalani ujian saringan COVID-19 prakemasukan dan tidak perlu mengemukakan sijil vaksinasi semasa masuk ke Sabah," katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan berkuat kuasa 8 Jan, semua pengembara dari China yang masuk ke negeri itu perlu mengemukakan ujian COVID-19 yang negatif dan perlu lengkap vaksinasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ujian COVID-19
#Pelancong asing
#Joachim Gunsalam
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan