awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong belanja RM18.56 bilion beli-belah di Malaysia pada 2012

Bernama
Bernama
17/11/2013
23:31 MYT
Pelancong belanja RM18.56 bilion beli-belah di Malaysia pada 2012
Lebih 25 juta pelancong membelanjakan kira-kira RM18.56 bilion untuk membeli-belah di Malaysia pada tahun lepas, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 5.7 peratus berbanding RM17.5 bilion pada 2011.
Katanya, membeli-belah merupakan 30.7 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pelancong pada 2012 berbanding 30 peratus bagi 2011.
Mohamed Nazri berkata secara keseluruhan, industri pelancongan Malaysia merupakan sumber pendapatan pertukaran asing kedua terbesar untuk negara dan dijangka terus berkembang.
"Pelancongan membeli-belah adalah sektor yang pesat berkembang dan Malaysia bercadang untuk meneroka potensi ini," katanya pada pelancaran Jualan Akhir Tahun 1Malaysia di Esplanade, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Ahad.
Beliau berkata Malaysia memiliki lebih 320 pusat beli-belah yang menawarkan kawasan sewaan bersih seluas 100 juta kaki persegi dengan nilai hartanah lebih RM100 bilion.
"Saya yakin pelancongan membeli-belah Malaysia akan terus berkembang pesat pada tahun-tahun akan datang berdasarkan peningkatan aktiviti promosi oleh kerajaan dan sektor swasta," katanya.
Sementara itu, sempena Jualan Akhir Tahun 1Malaysia, Mohamed Nazri berkata Tourism Malaysia menjemput sejumlah 221 ejen pelancongan antarabangsa dan media dari 24 negara bagi menikmati sendiri kemeriahan senario membeli-belah dan keindahan di Malaysia.
Mereka adalah dari Australia, Brunei, Kemboja, Kanada, China, Mesir, Jerman, India, Indonesia, Iran, Iraq, Itali, Jepun, Filipina, Arab Saudi, Kazakhstan, Mauritius, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam.
Jualan Akhir Tahun 1Malaysia, yang bermula Khamis lepas, menampilkan persembahan fesyen anjuran Malaysia dan Britain sempena pertunjukan Fesyen Hujung Minggu Kuala Lumpur, yang berlangsung empat hari di KLCC.
Topic Berkaitan
#beli-belah
#industri pelancongan
#JelajahAWANI
#nazri abdul aziz
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan