awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong China hilang di Suria KLCC

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/12/2024
08:32 MYT
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Xu Baolin dilaporkan hilang pada Ahad lalu di medan selera Suria KLCC - Foto ihsan Polis Dang Wangi
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga China dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Xu Baolin, 84, pada jam 11.42 pagi, Isnin.
Jelas beliau, pelancong China yang berketinggian kira-kira 159 sentimeter itu kali terakhir dilihat di medan selera di tingkat dua kompleks beli-belah berkenaan.
“Lelaki itu datang melancong ke Malaysia bersama keluarganya.
“Dia pergi ke medan selera berkenaan bersama empat ahli keluarganya. Tiada penyakit Alzheimer,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas beliau, lelaki itu tinggal di sebuah kediaman di Jalan Kia Peng, di sini dan sepatutnya pulang ke China pada 17 Disember ini.
Sehubungan itu, Sulizmie berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26002264 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Pelancong China hilang
#kes orang hilang
#Suria KLCC
#Xu Baolin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan