awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong digalakkan ke pulau-pulau Mersing, namun kawalan dan pemantauan perlu dipertingkat - Agong

Bernama
Bernama
21/09/2025
10:51 MYT
Pelancong digalakkan ke pulau-pulau Mersing, namun kawalan dan pemantauan perlu dipertingkat - Agong
Pengurusan pelancongan yang berkesan, bukan sahaja memastikan keindahan pulau-pulau Mersing kekal terpelihara, malah menjamin kesejahteraan rakyat serta kelangsungan industri pelancongan negara. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kedatangan pelancong ke pulau-pulau di Mersing terus digalakkan, namun pada masa sama menegaskan keperluan mempertingkat kawalan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengelakkan pencemaran, ancaman keselamatan serta kerosakan ekosistem laut.
Seri Paduka Baginda bertitah kepulauan Mersing, merupakan antara aset pelancongan negara yang bernilai, justeru pengurusan yang lebih teratur dan berkesan perlu dilaksanakan bagi memastikan kelestarian alam semula jadi terus terpelihara.
"Baru-baru ini, saya melihat di dalam paparan media sosial keadaan bot pelancong sesak serta jumlah pengunjung terlalu ramai. Oleh demikian, pemuliharaan biodiversiti adalah amat penting bagi terus memelihara khazanah alam sekitar," titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan bahawa pengurusan pelancongan yang berkesan, bukan sahaja memastikan keindahan pulau-pulau Mersing kekal terpelihara, malah menjamin kesejahteraan rakyat serta kelangsungan industri pelancongan negara.
Pada 18 Sept, Pejabat Daerah Mersing menerusi notis pemberitahuan memaklumkan semua aktiviti selam skuba, selam snorkel dan lawatan ke enam pulau dihentikan berkuat kuasa serta-merta, bagi memberi laluan kepada kerja pemuliharaan biodiversiti marin serta alam sekitar.
Penutupan itu melibatkan Pulau Harimau, Pulau Gual, Pulau Mensirip, Pulau Mertang Timur, Pulau Mertang Barat dan Pulau Mertang Tengah.
Susulan itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan keprihatinan dan menitahkan agar khazanah alam sekitar, khususnya kepulauan di Mersing, dipelihara untuk generasi akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kepulauan mersing
#pekancongan
#kunjungan pulau
#kawalan
#pemantauan
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan