SIBU: Hasil daripada pelancongan di Sarawak dijangka mencecah RM1 bilion berikutan ketibaan 420,150 pelawat lima bulan pertama tahun ini, peningkatan lebih daripada 600 peratus berbanding 56,278 pelawat bagi tempoh sama tahun lepas.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata terdapat peningkatan 738 peratus atau 395,742 ketibaan domestik dari Semenanjung dan Sabah berbanding 47,170 bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata Sarawak menerima ketibaan 43,404 pelancong asing, iaitu peningkatan 376 peratus berbanding 9,108 pada tempoh sama 2021.
"Dari segi perbelanjaan pelancong, kami mencatatkan RM120 juta tahun lepas. Tahun ini dijangka akan meningkat ke RM1 bilion," katanya ketika sidang media Festival Muzik 'Tribal Broneo' (BTMF) di sini pada Jumaat.
Mengenai festival muzik yang diadakan buat pertama kalinya itu, Abdul Karim berharap ia akan menjadi satu acara pengenalan buat Sibu, selain daripada Festival Kebudayaan Borneo (BCF), Festival Tarian Antarabangsa Sibu (SIDF) dan BASE Jump Antarabangsa Sibu.
Beliau berkata festival muzik seperti itu akan mengambil sedikit masa untuk menjadi popular, kerana sebaik ia diperkenalkan kepada dunia, ia akan manarik pengunjung yang ramai, bergantung kepada bagaimana ia dianjurkan.
Memberikan sokongan kementeriannya terhadap festival itu, beliau percaya ia mampu menjadi popular sama seperti Festival Muzik Hutan Hujan Dunia di Kuching dan Festival Jazz Borneo di Miri.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur acara itu, La Vie Event and Management yang telah mengambil langkah ke hadapan untuk menganjurkan program itu dalam usaha memastikan lebih banyak acara berlangsung di Sarawak.
BTMF yang akan memaparkan muzik dalam persepsi etnik dan kotemporari akan berlangsung pada 23 dan 24 Sept di Esplanade Rajang dengan 10 persembahan oleh artis tempatan, Indonesia dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022

Sarawak menerima ketibaan 43,404 pelancong asing lima bulan pertama tahun ini, meningkat 376 peratus berbanding tempoh sama 2021. - Gambar hiasan

Kertas Putih Kesihatan: Sarawak akan sediakan input - Timbalan Premier
Input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kemarau | Sungai kedua terpanjang Eropah kekeringan
Kemarau berpanjangan yang melanda tenggara Eropah mengakibatkan ribuan hektar tanaman musnah serta aktiviti perkapalan terjejas di sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube. Empangan yang terletak di utara Serbia juga dilaporkan hampir kering akibat suhu tinggi pada musim panas ini.

Krisis China-Taiwan | China tidak tolak kemungkinan guna kekerasan jika perlu
China dilaporkan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau cubaan untuk memisahkan Taiwan dan akan menggunakan kekerasan jika perlu. Ia selepas republik itu mengeluarkan kertas putih baharu dan menarik balik janjinya tidak menghantar tentera atau kakitangan pentadbir ke Taiwan.

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor
Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa. Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

Siasatan | Donald Trump akan disoal siasat peguam New York
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal disoal siasat oleh Peguam Negara New York pada Rabu. Ia beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya di Mar-a-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Olahraga | Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat. Keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

Zon ASEAN | KL City FC mara ke final Piala AFC 2022
Penentuan sepakan penalti membawa tuah kepada Kuala Lumpur City FC selepas mara ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC, apabila perlawanan menyaksikan seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Jenayah Siber | Pengguna perlu ada sikap semak silang
Pengguna seharusnya juga mempunyai sikap semak silang sekiranya menerima panggilan atau dihubungi pihak yang mendakwa mewakili agensi tertentu, kata Pakar Keselamatan Rangkaian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain.

Mahkamah | Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka
Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.

Mahkamah | Pasukan peguam Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan
Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, pada Rabu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Industri pelancongan Sarawak catat peningkatan lebih 800 peratus
Berbanding tempoh sama tahun lepas, nilai keseluruhan resit pelancongan di Sarawak mencatatkan peningkatan 856.95 peratus.

Institut Sukan Negara gagal lahirkan atlet terjun mencukupi - Abdul Karim
Katanya, kegagalan itu merugikan usaha pembangunan sukan negara lebih-lebih lagi dalam acara boleh menang di peringkat antarabangsa.

RUU antilompat parti tidak perlu digubal di DUN Sarawak - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berpendapat DUN Sarawak hanya perlu menunggu RUU tersebut diwartakan sebagai akta di peringkat pusat sebelum dikuatkuasakan di peringkat negeri.

GPS sedia hadapi PRU15 pada bila-bila masa
Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.

Pelancongan Sarawak jangka raih RM1 bilion hasil peningkatan ketibaan pelancong
Sarawak menyaksikan peningkatan 738 peratus ketibaan domestik dari Semenanjung dan Sabah lima bulan pertama tahun ini.

Firefly lancar penerbangan terus dari P. Pinang ke Kuching
Firefly melancarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching bermula hari ini.

Sarawak tidak akan pertimbang semula tukar gelaran KM kepada 'Premier'
Tegasnya, pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak itu telah diluluskan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sarawak tidak tukar gelaran Yang Dipertua Negeri kepada Yang di-Pertua Negara - Karim
Kerajaan Sarawak tidak akan menukar gelaran Yang Dipertua Negeri kepada Yang di-Pertua Negara, tegas Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pelancong ke Sarawak dijangka meningkat 500 peratus - Abdul Karim
Bagi memenuhi jangkaan peningkatan pelancong ke negeri ini jelasnya, beberapa aktiviti utama seperti Spartan Race, Rainforest Music Festival dan Program Citrawarna Malaysia akan diadakan kembali.

DUN Sarawak luluskan RUU gantikan Ketua Menteri kepada 'Premier'
RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diluluskan selepa menerima sokongan dua pertiga ADUN Sarawak.