Pelanggan Pos Malaysia kini tidak perlu lagi mengisi nota konsainan secara manual tetapi hanya perlu datang terus (walk-in) untuk mencetak sendiri nota konsainan di cawangan Pos Laju atau kiosk melalui aplikasi e-Nota Konsainan mulai 17 Ogos ini.
e-Nota Konsainan adalah sistem elektronik layan diri yang membolehkan pelanggan membuat nota konsainan Pos Laju dengan mudah menggunakan aplikasi mudah alih Pos Malaysia Mobile App.
Berdasarkan kenyataan soalan lazim yang dikeluarkan Pos Malaysia, melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengguna semula maklumat penerima lepas daripada 'saved address' untuk penghantaran yang banyak atau berulang.
"Proses cetakan juga mudah, terutama untuk penghantaran pukal, pelanggan hanya perlu membuat bayaran setelah semua proses selesai selain boleh jejak dan kesan barang pos dengan mudah menggunakan telefon bimbit.
"Pengguna juga boleh membuat e-Nota Konsainan secara digital menggunakan aplikasi Pos Malaysia Mobile App di mana sahaja, pada bila-bila masa," menurut kenyataan itu.
Menurut Pos Malaysia, e-Nota Konsainan itu hanya boleh digunakan untuk produk Pos Laju Domestik sahaja sementara produk seperti surat, bungkusan domestik dan antarabangsa akan dibuat secara berperingkat.
Bagi pelanggan yang tidak mempunyai aplikasi Pos Malaysia Mobile App, mereka boleh mendapatkan borang daripada Pos Laju dan kakitangan mereka akan membantu menjana maklumat ke dalam sistem dan mencetakkan e-Nota Konsainan itu, menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Pos Malaysia turut memaklumkan pengguna boleh membeli perlindungan insurans untuk barang yang menggunakan e-Nota Konsainan.
"Pelanggan boleh membuat pembatalan pembayaran dengan syarat ia dilakukan pada hari yang sama dan di lokasi cawangan yang sama tertakluk kepada status barang dan masih belum diproses," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 12 2020

e-Nota Konsainan adalah sistem elektronik layan diri yang membolehkan pelanggan membuat nota konsainan Pos Laju dengan mudah menggunakan aplikasi mudah alih Pos Malaysia Mobile App. - Gambar fail/BERNAMA

Skuasy | S.Sivasangari teruja sambung latihan
Pemain skuasy wanita negara S.Sivasangari tidak boleh berselindung di sebalik keterujaan kembali ke pangkalan latihannya di Amerika Syarikat. Ini waktu sesuai untuk dia lapor diri di Universiti Cornell di New York memandangkan negara itu sebelum ini dilanda rusuhan dan polemik politik.

AWANI Ringkas: Biden mula langkah tangani COVID-19 | PM UK: Belum masa longgarkan sekatan

COVID-19 | Tahap keresahan, tekanan rakyat Malaysia paling tinggi
Menurut tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, keresahan tersebut tercetus ekoran perubahan rutin selain tekanan keluarga.

COVID-19: Perancis dakwa pelitup muka fabrik kurang berkesan
Menteri Kesihatan Olivier Veran mendakwa, penggunaan pelitup muka jenis fabrik kurang berkesan menangani kesan penularan virus.

PKP | Polis Kota Setar sedia tambah SJR dan pasukan pemantau
Polis Kota Setar akan menambah sekatan jalan raya (SJR) dan bilangan pasukan pemantau. Tindakan ini akan dikuatkuasakan sekiranya kadar pematuhan orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berada pada tahap yang kurang memuaskan.

MPN | Pendidikan tinggi negara antara 100 terbaik dunia
Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menegaskan bahawa golongan Profesor yang terdiri daripada pensyarah antara tulang belakang kejayaan peningkatan Institusi Pendikan Tinggi Negara. Ujarnya, kejayaan julung kali itu membuktikan bahawa para akademik dan cendiakiawan negara bergelar Profesor amat berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada negara.

ASEAN | Dana khas COVID-19 ASEAN perlu dipercepatkan - Hishamuddin
Malaysia bersetuju dengan Brunei dalam mendesak supaya menyegerakan penubuhan tabung khas ASEAN COVID-19. Menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ia mampu membantu negara anggota memerangi pandemik COVID-19.

COVID-19 | Portugal tutup sekolah, kes meningkat kerana varian baharu
Portugal umum penutupan sekolah di seluruh negara. Ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 disyaki berpunca daripada varian baharu yang dikesan di negara itu.

COVID-19 | Biden umum strategi tangani pandemik
Presiden Joe Biden memperincikan strateginya bagi memerangi COVID-19 di negara itu. Ini termasuk mempercepatkan program vaksinasi dan kajian lanjut, pembukaan semula sekolah dan perniagaan serta meningkatkan penggunaan pelitup muka.

COVID-19 | UK umum penalti lebih ketat
Britain umum penalti lebih tinggi terhadap individu yang ingkar arahan berkaitan sekatan pergerakan. Tegas Setiausaha Dalam Negeri UK, Priti Patel ini termasuk tindakan mengadakan majlis sosial ketika wabak, yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan awam.

Pelanggan Pos Malaysia boleh guna aplikasi e-Nota konsainan mulai 17 Ogos
Pos Malaysia turut memaklumkan pengguna boleh membeli perlindungan insurans untuk barang yang menggunakan e-Nota Konsainan.