awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir umum pengeluaran minyak baharu dari medan Teluk Suez
Mariah Carey bakal nyanyi lagu Itali pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk
KDN selesai lebih 12,000 permohonan dokumen pengenalan diri penduduk pedalaman Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara

Bernama
Bernama
10/07/2025
05:15 MYT
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara
Istana Negara menegaskan bahawa hal ehwal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu ditangani secara sah agar pelaksanaan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan merupakan urusan kenegaraan yang penting dan perlu ditangani dengan cermat serta berintegriti, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, menurut Istana Negara.

Ringkasan AI
  • Pelantikan hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan penting yang perlu ditangani secara cermat dan berintegriti mengikut Perlembagaan Persekutuan.
  • Pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, selaras dengan Perkara 122B Perlembagaan.
  • Istana Negara menegaskan pelaksanaan kuasa pelantikan tidak wajar dipolitikkan dan perlu mematuhi undang-undang seperti yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Menerusi kenyataan hari ini, Istana Negara memaklumkan mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
"Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.
"Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri," menurut kenyataan itu.
Istana Negara menegaskan bahawa hal ehwal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu ditangani secara sah agar pelaksanaan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#pelantikan hakim
#urusan kenegaraan penting
#Perlembagaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan