[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
MALAYSIA

Pelantikan Johari Abdul Ghani sebagai Menteri MITI disifatkan tepat

Naz Raseed 17/12/2025 | 01:15 MYT
Johari dilantik sebagai Menteri MITI menerusi rombakan Kabinet, satu keputusan yang disifatkan tepat untuk memperkukuh ekonomi negara.
KEPALA BATAS: Pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) disifatkan sebagai keputusan yang tepat dan strategik demi kepentingan ekonomi negara.


Ringkasan AI
  • Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri MITI dengan sokongan positif daripada Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, disifatkan sebagai pilihan yang tepat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam sektor korporat dan kewangan negara.
  • Johari yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dianggap memiliki pemahaman mendalam terhadap pengurusan fiskal negara, membolehkannya mengendalikan MITI dalam landskap ekonomi global yang mencabar.
  • Rombakan Kabinet MADANI yang melibatkan pelantikan Johari sebagai Menteri MITI dan Sim Tze Tzin sebagai Timbalan Menteri MITI diharapkan dapat memperkukuh tadbir urus kerajaan dan memberi dorongan positif kepada prestasi ekonomi negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengalaman luas Johari dalam sektor korporat dan pentadbiran kewangan negara menjadi aset penting untuk menerajui kementerian berkenaan.

“Beliau bukan sahaja memiliki latar belakang kukuh dalam dunia perniagaan, malah pernah memegang jawatan utama dalam kerajaan, termasuk terlibat secara langsung dalam ekosistem kewangan negara,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Graduasi Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, semalam.

Reezal menambah, Johari pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan, yang memberinya pendedahan mendalam terhadap pengurusan fiskal negara serta keperluan strategik ekonomi Malaysia.

“Pengalaman menyeluruh beliau merangkumi sektor korporat, penggubalan dasar dan pentadbiran kewangan negara. Ini merupakan kelebihan besar untuk mengemudi MITI dalam suasana ekonomi global yang mencabar,” ujarnya.

Reezal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, menyifatkan Johari sebagai calon paling layak untuk mengambil alih tanggungjawab yang sebelum ini dipikul oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Pelantikan ini adalah pilihan terbaik. Saya yakin negara mampu mencatat prestasi ekonomi yang lebih memberangsangkan di bawah kepimpinan beliau,” tegasnya.

Beliau turut berharap barisan Kabinet baharu dapat memperkukuh tadbir urus kerajaan, khususnya dalam memastikan komunikasi yang lebih pantas, jelas dan berkesan bersama rakyat.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI, dengan Johari yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi, dilantik sebagai Menteri MITI yang baharu.

Sementara itu, jawatan Timbalan Menteri MITI kini disandang oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Sebelum rombakan, portfolio MITI diterajui oleh Tengku Zafrul, manakala timbalannya, Liew Chin Tong, kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang membuat pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri MITI disifatkan sebagai keputusan yang tepat?
    A: Pengalaman luas Johari dalam sektor korporat dan pentadbiran kewangan negara dianggap sebagai aset penting untuk menerajui kementerian tersebut.
  • Q: Mengapakah Reezal Merican Naina Merican menyebut bahawa Johari adalah calon paling layak untuk jawatan Menteri MITI?
    A: Reezal menyifatkan Johari sebagai calon paling layak kerana pengalaman Johari dalam sektor korporat, pengurusan fiskal negara, serta pengalaman dalam penggubalan dasar dan pentadbiran kewangan negara.
  • Q: Siapakah yang sebelumnya memegang jawatan Menteri MITI sebelum Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik?
    A: Sebelumnya, jawatan Menteri MITI dipegang oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum dilantiknya Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • Q: Apakah peranan Timbalan Menteri MITI yang kini dipegang oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin?
    A: Sim Tze Tzin kini memegang jawatan Timbalan Menteri MITI setelah rombakan Kabinet, di mana sebelumnya jawatan tersebut dipegang oleh Liew Chin Tong yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.



#JOHARI ABDUL GHANI #Kerajaan Madani #rombakan kabinet #Reezal Merican Naina Merican #MITI #Matrade