awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Ketua Audit Negara teratur, tiada keperluan Wan Suraya dibersarakan - AGC

Bernama
Bernama
25/07/2025
15:15 MYT
Pelantikan Ketua Audit Negara teratur, tiada keperluan Wan Suraya dibersarakan - AGC
AGC hari ini menjelaskan berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan subperenggan 1(1) Jadual Pertama kepada Akta Audit 1957 (Akta 62), Ketua Audit Negara boleh dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menjelaskan berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan subperenggan 1(1) Jadual Pertama kepada Akta Audit 1957 (Akta 62), Ketua Audit Negara boleh dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.
Menerusi satu kenyataan hari ini, AGC memaklumkan bahawa merujuk kepada Fasal (2) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, apabila Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa 13 Jun 2023, beliau tidak lagi memegang apa-apa pelantikan lain dalam perkhidmatan Persekutuan.
Oleh itu, beliau tidak lagi menjadi anggota skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
"Meskipun beliau tidak lagi menjadi anggota skim perkhidmatan PTD, Ketua Audit Negara masih terus menjadi anggota perkhidmatan awam am berdasarkan Seksyen 3 Akta 62.
"Memandangkan pelantikan beliau sebagai Ketua Audit Negara adalah teratur, maka tiada keperluan untuk beliau dibersarakan demi kepentingan negara," menurut kenyataan itu.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini berkata pelantikan Wan Suraya sebagai Ketua Audit Negara adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelantikan Ketua Audit Negara
#Jabatan Peguam Negara
#Wan Suraya Wan Mohd Radzi
#Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan