Pelantikan sebagai Menteri Kanan satu tanggungjawab besar - Azmin Ali

Bernama
Mac 11, 2020 09:00 MYT
Azmin mahu bersama pegawai kementerian menggembleng tenaga berpandukan aspirasi Perdana Menteri. Gambar BERNAMA.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menganggap pelantikannya sebagai menteri kanan yang menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai satu tanggungjawab besar.
Mohamed Azmin berkata, beliau bersama pegawai kementerian akan menggembleng tenaga berpandukan aspirasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memacu pelaburan antarabangsa dan domestik.
"Kita juga akan memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya," katanya menerusi laman sosial Facebook dan Twitter miliknya hari ini.
BACA: Tiada penstrukturan semula agensi - Mohamed Azmin
BACA: Fokus utama Mustapa bantu stabil ekonomi semasa
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri di atas kepercayaan yang diberikan untuk memegang jawatan itu.
Mohamed Azmin bersama 30 lagi menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya, semalam. -BERNAMA.
#Azmin Ali #Datuk Seri Mohamed Azmin Ali #Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri MITI #menteri #MITI #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri