awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2022
14:26 MYT
Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin
SAIFUDDIN: Kerajaan yang ada pada hari ini, memutuskan bahawa selain pegawai yang dalam perkhidmatan diplomatik, boleh juga dilantik daripada luar. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, sepatutnya tidak menjadi isu.
Malah Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, perlantikan itu telah dipersetujui Presiden Indonesia Joko Widodo.
Menurut Saifuddin, ketua perwakilan Malaysia ke luar negara boleh dipilih melalui dua kategori iaitu dari kalangan pegawai-pegawai diplomatik yang sedia berkhidmat dalam kerajaan, dan mereka yang bukan daripada pegawai diplomatik seperti ahli politik, bekas ahli politik, bekas menteri dan bekas pegawai tentera.
Tambahnya, memang terdapat beberapa negara yang tidak menerima duta dari kalangan ahli Parlimen yang masih berkhidmat.
"Kerajaan yang ada pada hari ini, memutuskan bahawa selain pegawai yang dalam perkhidmatan diplomatik, boleh juga dilantik daripada luar.
“Oleh yang demikian, itu yang menyebabkan sekarang ini Yang Berhormat Pasir Salak dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Dan Perikatan Nasional Indera Mahkota, di Kuantan.
BACA: Indonesia setuju Tajuddin dilantik sebagai Duta Besar Malaysia - PM
Sementara itu katanya, sebanyak 25 senarai calon ketua perwakilan Malaysia kini masih dalam proses untuk dilantik.
Manakala, senarai nama bakal duta Malaysia yang telah dipersetujui oleh negara luar juga telah diterima, namun kini sedang menunggu tarikh pentauliahan lantikan daripada Istana Negara.
Dua minggu lalu katanya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga menerima 19 nama pencalonan daripada duta asing yang akan berkhidmat sebagai duta mereka di negara ini.
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#Duta Besar Malaysia ke Indonesia
#Menteri Luar
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan