KUALA LUMPUR: Isu membabitkan pelarian Rohingya boleh diselesaikan dengan syarat semua pihak terlibat mahu duduk berbincang dan mencari jalan terbaik.
Pengarah Pusat Pengajian Kerajaan, Undang undang dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Na'eim Ajis berkata, cadangan jangka pendek seperti membenarkan mereka bekerja secara sah di negara ini antara yang boleh dilaksanakan, namun memerlukan perbincangan terutama dalam aspek perundangan.
"Apabila bercakap tentang pelarian Rohingya, secara asasnya Malaysia tiada asas perundangan untuk mengatakan mereka pelarian, istilah pelarian tidak wujud secara teknikalnya di Malaysia.
"Sistem yang kita ada sekarang dinamik dan fleksibel, saya panggil sebagai sistem kemanusiaan. Baru- baru ini ada cadangan agar kita beri mereka pekerjaan dan legalise mereka dalam sektor tertentu.
"Secara peribadi saya bersetuju kita legalise mereka dalam aspek pekerjaan, bukan untuk selama-lamanya, hanya dalam sektor tertentu, dalam tempoh tertentu," katanya ketika muncul dalam program Agenda AWANI bertajuk 'Cari Penyelesaian Lindungi Migran' yang bersiaran pada Jumaat.
Jelasnya, selepas satu tempoh tamat, pelarian terbabit boleh dihantar bekerja di negara-negara maju yang memerlukan tenaga mahir, seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Australia atau Kanada.
"Ini cara terbaik untuk melindungi mereka sebab apabila mereka tidak dibenarkan bekerja secara sah, banyak isu lain yang akan timbul. mereka akan jadi mangsa penipuan dan ada yang akan cuba ambil kesempatan.
"Jika dibenarkan bekerja secara sah, mereka akan ada pendapatan untuk biayai pendidikan anak-anak dan boleh bayar untuk perkhidmatan kesihatan sendiri.
"Habis sahaja tempoh, sebagai contoh, dua tahun, kita hantar mereka ke negara yang memerlukan tenaga kerja mahir," ujarnya.
Namun langkah ini hanya boleh direalisasikan jika semua pihak, termasuk kerajaan dan NGO, duduk berbincang kerana ia membabitkan banyak pihak.
Madiha Abdullah
Fri May 06 2022
Prof Madya Dr Mohd Na'eim Ajis berkata, cadangan jangka pendek seperti membenarkan mereka bekerja secara sah di negara ini antara yang boleh dilaksanakan, namun memerlukan perbincangan terutama dalam aspek perundangan. - Gambar fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (2 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis Australia tahan 13 individu selepas rampasan terbesar kokain
Polis Australia menangkap dan mendakwa 13 individu selepas rampasan kokain terbesar dalam sejarah negara itu.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Banjir | Industri Tenaga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cuaca | Kepengerusian ASEAN | Guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pascabanjir: Mangsa banjir di Kelantan mula bersihkan rumah, cuaca cerah
Keadaan banjir mula surut dan cuaca cerah sejak semalam memberi peluang kepada mangsa banjir di Tanah Merah, untuk pulang membersihkan rumah masing-masing.
Agenda AWANI: Banjir terburuk di Kelantan
Perkembangan terkini situasi banjir di negeri Kelantan bersama wartawan @501Awani @FirdausAzil dan @HasimiM dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia cabar sistem yang meminggirkan negara membangun
Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema keterangkuman dan kemampanan mewakili cabaran langsung kepada sistem yang meminggirkan negara membangun.
AWANI Tonight 2 Dec 2024
#AWANITonight with @fayekwan_
1. No need to postpone SPM during floods - MoE
2. Balancing online safety with transparency and freedom of expression
#AWANIEnglish #AWANINews
1. No need to postpone SPM during floods - MoE
2. Balancing online safety with transparency and freedom of expression
#AWANIEnglish #AWANINews
Banjir di Arena Kepayang: Polis tempatkan balai bergerak mudahkan penduduk buat laporan
Balai polis bergerak ditempatkan di Arena Kepayang Putra, Fair Park, bermula hari ini bertujuan memudahkan penduduk membuat laporan berkaitan banjir tanpa perlu hadir ke balai polis.
AWANI Tonight: ‘Brain rot’ Oxford word of the year 2024
The term “brain rot” has been announced as the Oxford Word of the Year for 2024, following a public vote on six shortlisted words that included “demure” and “dynamic pricing”.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.
Perutusan Aidilfitri: Setiausaha Agung OIC gesa tamatkan pencerobohan maut Israel di Gaza
Taha menekankan penderitaan umat Islam di zon konflik di seluruh dunia, khususnya rakyat Palestin di Gaza yang berdepan pencerobohan kejam oleh tentera Israel.
Kumpulan pelajar Indonesia serbu pusat penempatan Rohingya
Kumpulan pelajar tersebut dilihat berlari ke ruang bawah bangunan yang menempatkan kumpulan pelarian itu.
Pelarian Rohingya buang nasi dibekalkan penduduk Aceh
Kawasan pantai yang sebelum ini bersih dipenuhi sampah sarap dan plastik makanan yang dibuang merata-rata oleh pelarian Rohingya.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
[KOLUMNIS] Ambil kisah juga perjuangan pelarian selain Palestin, Mr PM10
Ada nada ria kalangan lebih 200,000 pelarian di Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.
Pegawai PBB lawat Bangladesh, nilai situasi hak asasi, keadaan pelarian Rohingya
Kunjungan itu ialah lawatan rasmi pertama oleh ketua hak asasi manusia PBB ke Bangladesh, sebuah negara yang mempunyai populasi penduduk melebihi 165 juta.
Pelarian Rohingya: Pendekatan Malaysia berasaskan kemanusiaan
Selepas satu tempoh tamat, pelarian terbabit boleh dihantar bekerja di negara-negara maju yang memerlukan tenaga mahir.
Bot bawa 31 PATI Rohingya ditahan di perairan Langkawi
Bot itu memuatkan 18 pelarian dewasa lelaki, sembilan dewasa wanita dan empat kanak-kanak.