awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelesenan kenderaan rekreasi bagi tujuan komersial berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Loke

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/09/2025
06:08 MYT
Pelesenan kenderaan rekreasi bagi tujuan komersial berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Loke
Loke (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kajang, hari ini. - Foto Bernama
KAJANG: Pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan rekreasi (RV) bagi tujuan komersial termasuk sebagai Kenderaan Sewa dan Pandu Pelancongan (KSPP) di Semenanjung serta Kereta Sewa Pandu (KSP) di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari depan.

Ringkasan AI
  • Pelesenan dan pengawalseliaan RV untuk tujuan komersial seperti KSPP (Semenanjung) dan KSP (Sabah, Sarawak, Labuan) akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, terhad kepada kenderaan baharu (CKD/CBU).
  • RV persendirian yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2025 boleh dikomersialkan jika berusia tidak melebihi 15 tahun dan lulus pemeriksaan teknikal JPJ.
  • Langkah ini bertujuan merancakkan pelancongan berasaskan RV, memastikan keselamatan pengguna, dan melindungi kepentingan penyewa melalui pelesenan serta penguatkuasaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pelaksanaan dasar baharu itu bagaimanapun terhad kepada kenderaan baharu sahaja sama ada pemasangan tempatan (CKD) atau import sepenuhnya (CBU).
“Pelaksanaan penggunaan RV bagi tujuan komersial hanya dibenarkan untuk kenderaan baharu berkuat kuasa 1 Januari 2026. Bagi kenderaan sedia ada yang sudah berdaftar, ia tidak dibenarkan digunakan bagi tujuan komersial.
“Namun, bagi RV persendirian yang didaftarkan sebelum 31 Disember ini dan ingin dikomersialkan, ia tertakluk kepada syarat usia maksimum 15 tahun serta pemeriksaan teknikal ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pejabat Baharu JPJ Cawangan Kajang, di sini, pada Selasa.
Anthony menjelaskan, syarat teknikal itu perlu bagi memastikan kenderaan yang digunakan mematuhi standard keselamatan sebelum diluluskan untuk kegunaan komersial.
Menurutnya, setakat 22 Ogos lalu, sebanyak 1,405 RV didaftarkan dan dilesenkan bagi kegunaan persendirian individu di negara ini, dengan sebahagian besar daripadanya adalah bersaiz kecil dan sederhana seperti karavan serta campervan.
Kerajaan berpandangan, katanya, pelaksanaan dasar baharu itu penting bagi merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan dan rekreasi berasaskan RV yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengguna tempatan.
“Dasar ini juga selari dengan aspirasi untuk membangunkan produk pelancongan baharu negara, khususnya segmen ekopelancongan yang semakin diminati generasi muda dan pelancong antarabangsa,” katanya.
Dalam pada itu, Anthony Loke memberitahu, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengkaji kebolehlaksanaan bagi cadangan permohonan pelesenan RV bagi tujuan KSPP Semenanjung, KSP Sabah, Sarawak dan Labuan dilaksanakan secara single window.
Jelas beliau, pendaftaran dan pelesenan RV bagi tujuan komersial itu wajar dilaksanakan bagi mengawal selia operasi, memastikan keselamatan pengguna serta melindungi kepentingan penyewa melalui pelesenan dan penguatkuasaan pengendali serta pengeluaran permit bagi RV.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#sektor pelancongan
#kenderaan rekreasi
#Kementerian Pengangkutan
#RV
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan