Aspek pelesenan dan pendaftaran terhadap pusat asuhan kanak-kanak dan pengasuh yang menerima upah menjaga kanak-kanak di kediaman sendiri di Selangor perlu dikaji semula demi keselamatan anak-anak bawah jagaan mereka, kata Menteri Besar Amirudin Shari.
Beliau berkata orang ramai terutama para ibu bapa perlu mengambil iktibar kematian tragis bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, yang mayatnya ditemui di dalam peti sejuk rumah pengasuhnya di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, lewat malam semalam.
"Kejadian ini mengajak semua pihak supaya lebih berhati-hati ketika meletakkan anak kita di pusat asuhan dan mungkin kita kena lihat semula bagaimana peranan pelesenan dan pendaftaran mereka yang menawarkan perkhidmatan penjagaan anak-anak serta pusat asuhan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Amirudin berkata kes kematian Adam Rayqal membawa kesan mendalam ke atas dirinya kerana kejadian itu berlaku di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Tua yang diwakilinya.
BACA: Sebak, ibu mahu pangku Adam Rayqal dan enggan naik ambulans
BACA: Adam Rayqal alami pendarahan dalaman di otak, retak tempurung kepala - Polis
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat hari ini berkata hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur ke atas Adam Rayqal mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi tadi memaklumkan bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta dimasukkan di dalam beg berwarna hijau.
Susulan kejadian itu, polis menahan pengasuh berumur 33 tahun bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam dan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Selayang, pagi tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 04 2018
Beliau berkata, kes kematian Adam Rayqal membawa kesan mendalam ke atas dirinya kerana kejadian itu berlaku di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Tua yang diwakilinya.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Rompin catat IPU tidak sihat
Setakat 11 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Hukuman penjara 6 tahun ke atas pengasuh Adam Rayqal kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif.
Pengasuh di rumah akan terus dipantau
Kerajaan bercadang untuk menambah baik akta sedia ada termasuk Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan dapat dilakukan ke atas pengasuh di rumah.
"Saya pernah hilang anak, giliran saya pula bantu"- Sumbangan Bazli UNIC buat bapa Adam Rayqal
Simpati dengan nasib keluarga Adam Rayqal yang kehilangan anak mereka dalam keadaan yang menyayat hati, penyanyi kumpulan UNIC, Bazli telah membantu mengutip derma buat ibu bapa bayi tersebut.
Taska di tempat kerja bukan bebanan untuk majikan
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian tragis adik Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Meruntun hati! Netizen sayu lihat tangisan ibu Adam Rayqal
Beberapa potongan video yang memaparkan tangisan ibu kepada arwah Adam Rayqal Mohd Sufi meruntun hati netizen.
Kes Adam Rayqal: Selebriti turut berkongsi kesedihan
Antara selebriti yang turut berkongsi luahan hati mereka mengenai kes Adam Rayqal ini ialah Farahdhiya, Fizo Omar, Lisa Surihani dan Wany Hasrita.
'Insya-Allah, Adam Rayqal tunggu kami di syurga' - Bapa
Mohd Sufi turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dengan tidak menularkan gambar yang tidak sepatutnya berkaitan arwah anaknya.
Kes kematian Adam Rayqal perlu dikendalikan secara adil - Wan Azizah
Kes kematian bayi Adam Rayqal itu perlu dikendalikan secara adil bagi semua pihak yang terlibat dalam kejadian itu.
Pelesenan pusat asuhan perlu dilihat semula - MB Selangor
Aspek pelesenan dan pendaftaran terhadap pusat asuhan kanak-kanak dan pengasuh yang menerima upah menjaga kanak-kanak di kediaman sendiri di Selangor perlu dikaji semula.
Adam Rayqal alami pendarahan dalaman di otak, retak tempurung kepala - Polis
Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian bayi Adam Rayqal Mohd Sufi akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala