BERA: Anak veteran tentera berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) secara percuma untuk tempoh setahun dengan kos pengajian ditanggung oleh universiti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata program itu akan melibatkan 2,500 anak veteran tentera bagi tempoh lima tahun dengan perbelanjaan untuk seorang pelajar dijangka RM12,500 bagi tempoh setahun, sebelum pelajar terlibat boleh memilih sama ada mahu kekal di universiti itu atau melanjutkan pelajaran ke universiti lain.
Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga secara dasarnya bersetuju untuk memberi bantuan RM500 untuk mereka yang menjaga pasangan yang terlantar sama ada isteri atau suami, iaitu inisiatif yang dirundingkan semasa beliau menjadi Menteri Kanan Pertahanan.
"Kerajaan tidak pernah melupakan jasa veteran (tentera) terhadap negara dan kita pasti membantu dalam apa jua segi bagi mengurangkan beban dihadapi veteran. Kita mahu pastikan kebajikan veteran terjaga sebab mereka selama ini bersabung nyawa mempertahankan negara.
"Saya juga sentiasa terbuka untuk berjumpa dengan mana-mana pihak untuk berbincang mengenai isu yang membabitkan hal ehwal veteran (tentera) kerana isu ini amat dekat dengan saya," katanya semasa berucap merasmikan Pejabat Pentadbiran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV ATM) Cawangan Bera di Taman Merbau Indah di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Datuk Dzulkarnain Ahmad dan Pengarah JHEV ATM Pahang Mejar Khairul Ashinar Azid@Aziz.
Selain isu kebajikan, Perdana Menteri berkata isu perumahan veteran juga antara fokus utama beliau supaya golongan berkenaan dapat memiliki rumah yang selesa, dengan kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited menyediakan kuota khas kepada warga pertahanan termasuk veteran bagi setiap projek rumah mampu milik yang dilaksanakan.
Menurutnya ia termasuk di Bera, apabila 1,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dijadual dibina di daerah ini, dengan beliau telah meminta supaya peruntukan khas diberikan kepada golongan veteran tentera.
"... antara fokus utama saya sejak menjadi Menteri Kanan Pertahanan ialah isu perumahan. Bayangkan perasaan veteran apabila mereka masih menjadi tentera, berada jauh di sempadan atau hutan tetapi rumah keluarga mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.
"Ini sudah pasti memberi kesan kepada mereka walaupun kita tahu semangat juang mereka kuat. Sebab itu kita fokus dan beri tumpuan untuk memastikan mereka mempunyai rumah yang selesa dan baik," katanya.
Pada program itu, Ismail Sabri turut meluluskan peruntukan RM20,000 kepada persatuan veteran tentera Bera bagi urusan pengurusan dan pentadbiran persatuan yang sudah mula beroperasi sejak 2016, dengan beliau difahamkan terdapat 3,000 veteran tentera di Daerah Bera.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika merasmikan Pejabat Pentadbiran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Bera malam ini. - Foto BERNAMA
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Air pasang besar: Lebih 40 kampung berhampiran sungai, pantai berisiko
Lebih 40 kampung berhampiran muara sungai dan pantai di Terengganu berisiko dan terkesan mengalami banjir susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda negeri itu.
Pelanggan ChatGPT Plus, Pro kini boleh berinteraksi melalui video dengan chatbot
Pengguna boleh melakukan panggilan video untuk berinteraksi bersama ChatGPT dan ia boleh memahami apa yang dirakam dengan kamera termasuk persekitaran dan juga emosi pengguna.
444 mangsa terjejas di empat negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini melibatkan 444 mangsa setakat jam 11 tengah hari, Jumaat.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Peluang 2,500 anak veteran tentera lanjut pelajaran di UniRazak - PM
Anak veteran tentera berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) secara percuma untuk tempoh setahun dengan kos pengajian ditanggung oleh universiti berkenaan.