KUALA LUMPUR: Malaysia menjangkakan wujudnya peluang luas yang boleh dimanfaatkan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) susulan kemelut Amerika Syarikat (AS) dan China.
Ketika berkongsi rasa optimis itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keyakinan berkenaan turut disokong oleh pengalihan aliran pelaburan ke rantau ini berikutan konflik geopolitik berkaitan.
Sehubungan itu, beliau berkata adalah wajar bagi Malaysia untuk memanfaatkan kesempatan itu, apalagi dengan kedudukannya yang telah lama menceburi sektor berkenaan.
“Saya yakin kerana melihat sendiri (kelompok) pelabur yang besar adalah dari sektor E&E. Ini menunjukkan aliran rantaian bekalan itu di Asia Tenggara dan Malaysia sendiri merupakan salah satu negara yang telah lama berkecimpung dalam industri ini,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV malam tadi.
Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul juga menyifatkan sektor E&E sebagai amat penting bagi Malaysia dengan RM85 bilion atau 56 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan pada tahun lepas merangkumi sektor pembuatan.
“Inilah antara sasaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030). Sektor ekonomi digital yang pesat semuanya memerlukan komponen E&E seperti cip selain industri semikonduktor,” katanya.
Beliau juga melihat isu geopolitik antara AS-China memberi peluang kepada Malaysia untuk memperkuatkan industri berkenaan bagi membolehkan lebih banyak pelabur masuk, sekali gus dapat meningkatkan industri berkaitan.
Di pihak kerajaan, katanya, cabaran lebih kepada usaha menyiapkan pekerja yang berkemahiran.
"Di Malaysia, kita ada banyak bakat tapi susulan kemasukan pelaburan yang banyak, ini telah menjadi isu. Oleh itu, bagi jangka pendek ini, kita (sedang) mencari jalan untuk memastikan dapat menampung permintaan bakat berkemahiran tinggi daripada pelabur-pelabur asing," katanya.
Tengku Zafrul turut merujuk langkah syarikat Intel memberi komitmen melabur RM30 bilion bagi tempoh lebih 10 tahun untuk mengembangkan operasinya di Pulau Pinang dan Kedah yang menunjukkan syarikat memerlukan sekurang-kurangnya tempoh dua hingga tiga tahun untuk membuat persiapan sewajarnya.
"Pelaburan tambahan berkenaan dijangka mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan di Intel.
"Berikutan itu, mereka telah bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia untuk membangunkan kalangan bakat yang berkemahiran tinggi," katanya.
Pada masa sama, katanya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri turut bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam usaha menarik kalangan ekspatriat Malaysia untuk pulang dan berkhidmat di dalam negara.
"Ramai juga rakyat kita yang bekerja sebagai jurutera, bukan sahaja di Singapura, tetapi juga di AS dan Eropah.
"Oleh itu, bagi rancangan jangka pendek, saya akan berbincang dengan Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Sumber Manusia untuk mencari penyelesaiannya," kata Tengku Zafrul.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Tengku Zafrul juga menyifatkan sektor E&E sebagai amat penting bagi Malaysia dengan RM85 bilion atau 56 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan pada tahun lepas merangkumi sektor pembuatan. - Gambar fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.
PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.
MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Amerika kekal rakan dagangan utama, pelabur terbesar di Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, AS dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi serta perkongsian perdagangan yang terjalin sejak sekian lama.
Negara rakan BRICS: Sumbang pertumbuhan ekonomi, peningkatan eksport - Tengku Zafrul
Beliau berkata Malaysia akan memainkan peranan dalam mengukuhkan rantaian bekalan global terutama dalam sektor penting seperti semikonduktor serta sektor lain yang strategik.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.