Majikan kepada pekerja asing tanpa izin (PATI) yang menyertai Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI bermula Isnin, tidak akan didakwa tetapi akan dikenakan kompaun RM800 bagi setiap pekerja.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata program ini adalah bagi memberi peluang PATI yang bekerja di negara ini didaftarkan secara sah mengikut undang-undang.
Alwi berkata, kos keseluruhan program ini yang perlu dibayar majikan juga lebih murah iaitu sekitar RM4,000 berbanding harga pengambilan pekerja baru iaitu memakan lebih RM10,000.
"Ini adalah satu langkah yang diambil kementerian bagi memastikan pekerja asing yang berada dalam negara ini mempunyai dokumen yang sah.
"Kita minta majikan yang menyimpan pekerja tanpa izin untuk tampil memohon program penggajian semula ini," katanya dalam satu sidang media selepas lawatan Menteri Perolehan Pertahanan United Kingdom Phillip Dunne di sini pada Isnin.
Dalam masa yang sama, program ini bertujuan mengatasi masalah yang sering dibangkitkan rakyat iaitu aspek keselamatan.
"Ini masalah kita, pekerja tanpa izin ini sudah berada di sini. Program ini adalah inisiatif majikan untuk membantu Kementerian dalam masalah yang sering dibangkit rakyat iaitu isu keselamatan," katanya.
Mengikut undang-undang, majikan yang didapati salah menggaji PATI boleh didakwa dan didenda sehingga RM10,000.
Sementara itu, KDN melalui jawatankuasa Kabinet pekerja asingnya, sentiasa memantau kemasukan pekerja asing supaya ia tidak menimbulkan isu keselamatan.
Alwi berkata antara langkah yang diambil kementerian itu bersama Kementerian Sumber Manusia termasuk memeriksa rekod jenayah mereka.
Selain itu, pemeriksaan kesihatan dan pemantauan tempat tinggal ke atas pekerja asing tersebut turut dijalankan kementerian.
Dalam masa sama, Alwi menegaskan, kementerian bersedia mengurangkan jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sekiranya sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar mendapat sambutan daripada rakyat negara ini.
Setakat 31 Dis 2015, sebanyak 352,918 permohonan pekerja asing telah dibuat majikan dan individu seluruh Malaysia kepada kementerian manakala pada 2014 adalah 409,111 permohonan.
Azyyati Ahmad
Mon Feb 15 2016
ALWI: Program ini memberi peluang kepada PATI yang bekerja di negara ini didaftarkan secara sah mengikut undang-undang. - Astro AWANI/Shahir Omar
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Peluang majikan daftar pekerja PATI dengan kompaun RM800 - KDN
Majikan kepada pekerja asing tanpa izin yang menyertai Program Penggajian Dan Penempatan Semula PATI tidak akan didakwa tetapi akan dikenakan kompaun RM800.