awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang Nur Dhabitah ke Sukan Olimpik 2024 berakhir

Bernama
Bernama
08/02/2024
13:44 MYT
Peluang Nur Dhabitah ke Sukan Olimpik 2024 berakhir
Kem terjun negara terus dirudung malang selepas seorang lagi penerjun harapan Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Kem terjun negara terus dirudung malang selepas seorang lagi penerjun harapan Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Nur Dhabitah gagal melangkah ke pentas final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini selepas sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-24 dengan mengumpul 238.15 mata secara keseluruhan.
Beliau ketinggalan 7.95 mata di belakang penerjun Sepanyol Maria Papworth Burrel yang berada di kedudukan ke-18 dengan mengumpul 246.10 mata.
Hanya 18 penerjun terbaik akan beraksi pada saingan separuh akhir diikuti 12 terbaik di final pada hari sama esok.
Mengiringi kegagalan tersebut, rakan senegara Wendy Ng Yan Yee yang menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-36 dengan mengumpul 216.00 mata secara keseluruhan.
Selasa lepas, Nur Dhabitah dan gandingannya Datuk Pandelela Rinong terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik 2024 apabila hanya menamatkan saingan acara 10m platform seirama di kedudukan ke-12.
Beliau yang kemudian bergandingan dengan Wendy turut terlepas slot ke temasya paling berprestij di dunia itu apabila hanya menduduki tempat kesembilan dalam saingan 3m papan anjal seirama wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terjun
#Nur Dhabitah Sabri
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Kejohanan Akuatik Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan