Calon Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam yakin kesemua enam calon bagi jawatan itu mempunyai peluang yang seimbang untuk meraih undi daripada perwakilan pada pemilihan parti, Sabtu ini.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata sepanjang tempoh berkempen, beliau melihat sambutan daripada para perwakilan di setiap negeri yang dikunjungi adalah baik.
"Saya tengok peluang sama sahaja untuk semua calon. Saya harap mereka akan nilai saya berdasarkan perkhidmatan yang telah saya berikan kepada parti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pembiayaan perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini hari ini.
Beliau berkata selama 13 tahun menjadi Ketua Menteri Melaka, pengalamannya membangun dan memajukan negeri itu mampu disumbangkan pula untuk peringkat nasional selain bagi menguatkan parti.
Mohd Ali, 64, yang juga Pengerusi PUNB, berkata beliau juga mahu menggunakan pengalamannya dalam parti untuk bertemu rakyat di peringkat akar umbi dengan merapatkan hubungan mereka dengan pucuk pimpinan.
Mengenai pendapat beberapa pihak bahawa jawatan Naib Presiden wajar diberikan kepada mereka yang lebih muda, Mohd Ali berkata ramai golongan muda bertanding jawatan Majlis Tertinggi, menyebabkan beliau mengambil keputusan bertanding jawatan Naib Presiden.
"Nak tanding jawatan itu rasa sudah tidak sesuai. Jadi dengan umur saya sekarang saya rasa sesuai untuk bertanding jawatan Naib Presiden," katanya.
Selain Mohd Ali, lima lagi calon Naib Presiden iaitu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Bernama
Thu Oct 17 2013
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.
Letak jawatan Ketua Menteri? Sulaiman hanya tunjuk isyarat 'maaf'
Sulaiman meninggalkan Kompleks Seri Negeri pada pukul 11.03 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz.
Nur Azmi ganti Ali Rustam terajui Karate Malaysia
Beliau menggantikan Tun Mohd Ali Rustam selepas menang tanpa bertanding pada Kongres MAKAF ke-31 semalam.
KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka
Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka akan diadakan selepas Melaka melangkah ke Fasa Tiga PPN.
Mohd Ali Yang Dipertua Negeri Melaka: K'jaan negeri, rakyat zahir tahniah - KM
Kerajaan negeri Melaka dan seluruh rakyat negeri ini mengucapkan tahniah kepada Tun Mohd Ali Rustam yang diangkat sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh, kata Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali.
Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali Rustam
Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa semalam sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan semalam.
Nama PUNB sekali lagi dimanipulasi pihak tertentu
PUNB tidak pernah melantik atau menggunakan mana-mana khidmat perantara, persatuan, ejen atau wakil, untuk berurusan dengan usahawan dan bakal usahawan yang memohon pembiayaan daripada PUNB.
Ali Rustam mahu debat Tun Mahathir dan Nazri Aziz diteruskan
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, dunia semakin terbuka dan politik negara telah berada di peringkat matang, untuk menganjurkan sesi debat seperti itu.
ASEAN, OIC dan PBB perlu hentikan pembunuhan etnik Rohingya - DMDI
ASEAN, OIC dan PBB boleh memainkan peranan penting menghentikan krisis di Myanmar serta mempunyai kuasa untuk menamatkan pembunuhan secara beramai-ramai.
Penganjur sedia bayar kos pembersihan RM50,000 bagi 'Himpunan Rakyat Bersatu'
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.