MALAYSIA
Peluasan bidang kuasa Ombudsman Malaysia tertakluk persetujuan kerajaan negeri - Azalina

Azalina bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Proses libat urus berhubung cadangan peluasan bidang kuasa Ombudsman Malaysia ke peringkat negeri yang sepatutnya selesai Julai lepas, tertangguh berikutan bantahan daripada beberapa kerajaan negeri.
Ringkasan AI
- Cadangan peluasan bidang kuasa Ombudsman Malaysia ke negeri tertangguh kerana bantahan beberapa kerajaan negeri yang sudah ada ombudsman sendiri atau sedang menubuhkannya.
- Ada negeri enggan campur tangan Persekutuan, termasuk dalam aspek pemantauan agensi negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Buat masa ini, Ombudsman Malaysia hanya meliputi agensi Persekutuan, dengan peluasan ke peringkat negeri tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri.
Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang ingin tahu adakah Ombudsman Malaysia akan mengendalikan hal-hal di luar bidang kuasa kerajaan Persekutuan.
Azalina berkata penubuhan Ombudsman Malaysia bertujuan memperkukuh tadbir urus yang baik, meningkatkan akauntabiliti perkhidmatan awam dan menyediakan saluran aduan lebih berkesan.
Beliau berkata buat masa ini, cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia akan meliputi agensi Persekutuan sahaja dan pihaknya meneliti kemungkinan peluasan bidang kuasa kepada agensi di peringkat negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami