Kadar penembusan, kelajuan dan caj internet antara fokus utama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dalam visinya menjadikan masyarakat di negara ini sentiasa berpengetahuan dan mempunyai maklumat yang tepat serta pantas tentang sesuatu isu.
Timbalan Menterinya Eddin Syazlee Shith, 44, berkata rakyat mesti diberi maklumat tepat dan berimbang seberapa banyak yang boleh supaya mereka dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan negara.
"Ini (internet) adalah masalah paling besar dalam telekomunikasi dan menerusi beberapa perbincangan bersama menteri (Gobind Singh Deo), memang ini menjadi fokus kementerian untuk dibincangkan bersama-sama pihak telekomunikasi supaya memperbaiki dan melakukan penambahbaikan kepada kemudahan internet sedia ada.
"Sebaik-baiknya kadar caj internet ini menjadi keutamaan dan perlu dikaji supaya kita dapat merangsang serta menarik lebih ramai rakyat menggunakan kemudahan internet bagi mendapat input dan maklumat yang tepat," katanya dalam temu bual khas bersama Bernama.
Anggota Parlimen Kuala Pilah itu berkata KKMM juga akan meneruskan dasar-dasar lama yang dilihat dapat memberi manfaat kepada rakyat seperti Pusat Internet 1Malaysia dengan melakukan penambahbaikan terhadap mutu perkhidmatannya.
"Walaupun kemudahan tu sudah ada tetapi kita acap kali menerima aduan bahawa kemudahan ini tidak seperti yang diharapkan rakyat.
"Jadi inilah antara penambahbaikan yang KKMM akan buat untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi dapat menyediakan kemudahan yang sesuai dan sepatutnya kepada rakyat supaya matlamat dan visi untuk menjadikan rakyat bermaklumat dapat dicapai dengan sempurna," katanya.
Eddin Syazlee yang baharu memulakan tugasnya Selasa lepas turut berkongsi kerajaan untuk lebih banyak mempromosi ekonomi digital bagi membuka lebih banyak peluang bersifat ekonomi digital seperti perniagaan dalam talian kepada rakyat.
Menyentuh mengenai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), beliau berkata penggabungan yang dicadangkan antara agensi itu dan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), dilihat relevan dengan keperluan masyarakat masa kini.
"Bernama ini dikenali sebagai agensi penyumbang kepada pemberian- pemberian maklumat yang tepat dan sangat boleh dipercayai, saya percaya itu antara sebab menjadikan kerajaan sedang dalam proses untuk menggabungkan Bernama dan RTM," katanya.
Bagaimanapun Eddin Syazlee berkata ia masih pada peringkat kajian, namun berharap perkara tersebut dapat disegerakan supaya rakyat menikmati faedahnya.
Dilahirkan pada 2 Jan 1974 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, beliau memulakan kerjayanya sebagai peguam sebelum melibatkan diri dalam dunia politik pada 2006.
Anak kepada pasangan Shith Abd Razi dan Norhayati Hashim itu adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari universiti Teknologi Mara (UiTM) (2003), Sarjana Undang-Undang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (2009) dan Diploma dalam Amalan Hukum Syariah daripada UiTM (2017).
Bertemu jodoh dengan Doktor Nurul Azlin Ibrahim, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki berusia lima dan satu tahun.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang bertanding menggunakan logo PKR, menewaskan penyandang tiga penggal Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek, dengan 18,045 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 08 2018

Eddin Syazlee ditemui selepas menghadiri Majlis Kenduri Adat dan Istiadat Kerjan Datuk Paduka Besar Muhamad Darus Shamsuddin sebagai Datuk Lembaga Suku Tanah Datar ke-17, Luak Ulu Muar di Kampung Ibol, Terachi, Kuala Pilah, hari ini. --fotoBERNAMA

LHDN nafi dakwaan buat pusingan U berhubung Program Pengakuan Sukarela
LHDN berkata layanan cukai bagi setiap kes yang diterima dan disemak adalah berdasarkan fakta dan merit kes.

Shahidan Kassim dilantik Pengerusi baharu PR1MA - Zuraida
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

AWANI Ringkas: Rasuah | Presiden UMNO mengaku tidak bersalah

Ekonomi Digital | Dua sahabat tubuh platform bantu peniaga wanita
Menyedari kepentingan wanita untuk bangkit khususnya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19, dua sahabat tekad menubuhkan ruang maya beli belah digital pada Mei tahun lalu. Menggabungkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbankan, platform dikenali sebagai The Artisans Haven digerakkan bagi membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

Cucuk Mata Anjing | Warga emas berdepan hukuman penjara atau denda
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing jalanan pada Oktober tahun lepas. Mengikut pertuduhan, Ng Ah Leak, berusia 75 tahun, didakwa menjolok mata kiri anjing berkenaan dengan buluh sepanjang 2.4 meter sehingga menyebabkan haiwan itu menderita dan mengalami kesakitan.

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

AWANI Ringkas: Tujuh diambil keterangan dakwaan potong barisan vaksin
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894394/26093765221615270766184_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba
Artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara.

Ras Adiba cipta beberapa rekod "yang pertama" sebagai Pengerusi baharu Bernama
Pelantikannya sebagai pengerusi baharu Bernama menyaksikan Ras Adiba Radzi, 52, mencipta beberapa rekod "yang pertama".

Senator Ras Adiba Pengerusi baharu Bernama
Ras Adiba Radzi catat sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Temu bual eksklusif Muhyiddin Yassin malam ini
Perdana Menteri akan mengupas perincian Belanjawan 2021 serta isu-isu semasa.

Abang Jo terima kunjungan Sarawak Media Group
Abang Johari menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif baharu Sarawak Media Group (SMG) Suhaimi Sulaiman

Suhaimi Sulaiman hantar surat peletakan jawatan Pengerusi Bernama
Suhaimi Sulaiman hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Bernama, berkuat kuasa serta-merta.

Kontrak CEO BERNAMA, Nurini Kassim berakhir 16 Mei
Lembaga Pengelola BERNAMA hari ini membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Nurini Kassim berkuat kuasa 16 Mei 2020.

Suhaimi Sulaiman dilantik Pengerusi baharu Bernama
Personaliti penyiaran dan pakar strategi media tanah air Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu.

Anak menangis minta dipeluk, antara cabaran PUI
Raifanabillah Zulkifli, peneraju siaran pagi Radio Bernama menyifatkan pengalaman berkuaratin amat mencabar dari segi mental, serta memerlukan daya kekuatan yang amat tinggi.

Animasi pendek tempatan 'Batik Girl' terima pengiktirafan antarabangsa
Batik Girl telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa, baru- baru ini. Ikuti kisah menyentuh hati kanak-kanak bernama Mas.