awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelumba maut: Kerajaan Terengganu arah semua aktiviti sukan permotoran dihenti sementara

Bernama
Bernama
16/10/2022
09:33 MYT
Pelumba maut: Kerajaan Terengganu arah semua aktiviti sukan permotoran dihenti sementara
Pelumba drag dikenali Apeh Jamal, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi semalam. - Gambar fail/ Facebook/Pieemotorsport Plg
PERMAISURI: Semua penganjuran acara melibatkan aktiviti sukan permotoran dan kereta di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak diarah dihentikan buat sementara waktu berkuat kuasa semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata tindakan itu susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang pelumba kereta drag Muhamad Hafez Jamal Jamaluddin ketika menyertai perlumbaan Battle Of The Kings (BOTK) 2022 semalam.
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan supaya semua aktiviti di litar terbabit dihentikan serta-merta semalam dan akan dibuka semula selepas semua hasil laporan dan aspek keselamatan di litar ditambah baik.
"Kita jangka akan terima laporan berkaitan insiden terbabit daripada penganjur hari ini. Perjumpaan juga akan dibuat untuk mendengar sendiri tentang apa yang berlaku.
"Sebaik terima (laporan), kita akan kaji dan lihat aspek keselamatan yang perlu diperbaiki serta ditambah baik dari segi kemudahan dan penganjur sendiri," katanya selepas majlis penyampaian hadiah Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini, hari ini.
BACA: Pelumba drag maut, perlumbaan dihentikan serta-merta
Pada majlis itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada enam pemenang dalam pelbagai kategori dan turut berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah yang diiringi oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurut Wan Sukairi lagi, kerajaan negeri amat kesal dengan kejadian itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang pastinya terkesan dengan insiden terbabit.
"Dari segi permit kebenaran dan sebagainya tidak ada masalah, penganjur memang dah dapat kebenaran daripada pesuruhjaya sukan negeri," katanya.
Dalam kejadian semalam, pelumba drag dikenali Apeh Jamal, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.
Dalam perkembangan lain, Wan Sukairi turut mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri, Terengganu FC (TFC) yang layak ke pentas Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun depan selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.
Katanya, kejayaan itu pastinya membanggakan rakyat Terengganu dan diharap menjadi permulaan baik buat sukan bola sepak negeri musim depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelumba maut
#drag race
#kerajaan terengganu
#arahan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan