MALAYSIA
PEMADAM gesa larangan mutlak rokok elektronik
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menggesa kerajaan mengharamkan sepenuhnya pengimportan, pengilangan, pengeluaran, pengedaran, penjualan, pengiklanan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di seluruh negara. - Gambar hiasan Bernama
PUTRAJAYA: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menggesa kerajaan mengharamkan sepenuhnya pengimportan, pengilangan, pengeluaran, pengedaran, penjualan, pengiklanan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di seluruh negara.
PEMADAM juga mahu satu undang-undang khusus digubal untuk mengharamkan semua bentuk vape dan semua jenis peranti rokok elektronik sama ada mengandungi nikotin atau tidak, termasuk larangan penjualan, pengedaran, pengiklanan, promosi dan penggunaan.
Usul berkenaan antara tujuh perkara dibentangkan Pengerusi Wanita PEMADAM Kebangsaan, Datuk Jamelah A Bakar, yang kemudiannya diterima sebulat suara dan diluluskan dalam Perhimpunan Agung Dwitahunan PEMADAM Kebangsaan Ke-46 pada 11 Ogos.
Jamelah turut menggesa semua kementerian dan agensi kerajaan di peringkat Pusat serta negeri bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melaksanakan pengharaman vape termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.
Antara usul lain adalah menaikkan umur minimum pembelian produk merokok kepada 21 tahun, memperketatkan penguatkuasaan dan mengenakan hukuman berat terhadap penjualan kepada individu bawah umur, serta memperkasakan kempen pendidikan awam di sekolah dan komuniti mengenai bahaya vape.
Pada 28 Julai lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM sedang meneliti langkah ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan vape di Malaysia.
Dr Dzulkefly berkata, sebarang cadangan pengharaman penuh akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk bukti saintifik, kes EVALI (kecederaan paru-paru yang dikaitkan dengan penggunaan vape), aspek perundangan, implikasi terhadap industri, ekonomi serta keberkesanan penguatkuasaan.
Pada masa ini, enam negeri telah menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen penjualan rokok elektronik iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang.
Sementara itu dalam kenyataan PEMADAM, realiti menunjukkan bahawa penggunaan vape atau rokok elektronik di Malaysia semakin membimbangkan khususnya dalam kalangan remaja, wanita dan belia, apabila produk itu dipromosikan sebagai gaya hidup moden yang kononnya lebih 'selamat' berbanding rokok konvensional.
"Dengan perisa manis seperti gula-gula dan buah-buahan, promosi agresif di media sosial dan strategi pemasaran yang tidak beretika, vape telah berjaya mempengaruhi golongan muda.
"Kandungan nikotin dalam vape menyebabkan ketagihan serius, menjejaskan fungsi otak, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan fizikal serta menjadi 'pintu masuk' kepada penyalahgunaan dadah," katanya.
Justeru, PEMADAM turut mengusulkan agar penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) diperkukuh selari dengan usaha pendidikan, kesedaran awam dan pembanterasan penjualan vape bercampur dadah.
Menurut PEMADAN, satu pasukan penguatkuasa khas juga perlu ditubuhkan di bawah koordinasi KKM dan PDRM untuk memantau, mengawal selia dan mengambil tindakan pantas terhadap kesalahan di bawah Akta 852, termasuk operasi bersepadu membanteras penyeludupan dan pengedaran vape bercampur dadah.
-- BERNAMA