awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain gitar kumpulan rock didakwa pukul teman wanita

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/06/2018
09:43 MYT
Pemain gitar kumpulan rock didakwa pukul teman wanita
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap teman wanitanya. - Astro AWANI/Shuhada Abdul Kadir
Gara-gara panas baran dan menumbuk, menendang dan memijak teman wanita dua minggu lalu, seorang pemain gitar sebuah kumpulan rock dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka hari ini.
Izz Razzi Mahmud, 29 tahun, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut kertas pertuduhan, Izz Razzi, pemain gitar kumpulan rock, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Sharifah Nor Aini Yusof, 36 tahun dengan cara menumbuk, menendang dan memijak mangsa.
Tindakan itu, menyebabkan mangsa patah tulang di bahagian bawah mata dan pipi kanan.
Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan sekitar pukul 4.10 petang di sebuah pusat membeli belah di Batu Berendam, 9 Jun lepas.
Izz Razzi didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria.
Beliau sebelum itu memohon mahkamah diberi ikat jamin sebanyak RM15,000.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili mana-mana peguam merayu mahkamah meringankan jumlah ikat jamin itu atas alasan mempunyai banyak tanggungan lain.
Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan perintah ia ditarik semula jika tertuduh menganggu mangsa pada bila-bila masa.
Mahkamah turut menetapkan 25 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#keganasan
#kes mahkamah
#kumpulan rock
#Melaka
#pemain gitar
#pijak
#pusat beli belah
#teman wanita
#tendang
#tumbuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan