awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pemain kena profesional'

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2023
01:15 MYT
'Pemain kena profesional'
Pemain Selangor, Yazan Al-Arab bertindak menendang pengadil Mohd Hasrol Mohd Amir selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad. Gambar kecil: Noor Azman. - Foto Sinar Harian
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menasihatkan pemain dalam saingan Liga Malaysia supaya mengawal perasaan dan menjadi lebih profesional dalam setiap tindakan semasa perlawanan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, setiap pemain dan pegawai mempunyai saluran yang betul untuk membuat laporan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.
"Kita dah serahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk menentukan apa bentuk hukuman.
"Kita juga selalu mengingatkan bahawa mereka ada saluran yang betul untuk buat laporan. Mereka kena kawal perasaan dan jadi profesional," katanya.
Sebelum ini, pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab bertindak di luar dugaan apabila menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.
Perlawanan itu menyaksikan Selangor tewas kepada Terengganu FC dengan agregat 3-1 dan gagal mara ke perlawanan separuh akhir.
Difahamkan, Yazan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut.
Video Yazan menendang pengadil itu juga tular di media sosial yang menyaksikan pemain import dari Jordan itu terlebih dahulu berkata sesuatu dan menolak Mohd Hasrol sekali gus dia dilayangkan kad merah.
Bagaikan tidak berpuas hati, Yazan dilihat menendang Mohd Hasrol sebelum dia ditenangkan oleh rakan sepasukan.
Selangor FC juga akan melakukan siasatan dalaman berkenaan insiden tersebut selain turut akan menghantar laporan kepada FAM berhubung mutu pengadilan dalam perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, Noor Azman menyatakan belum menerima laporan tersebut.
"Setakat ini belum terima laporan daripada Selangor FC," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemain tendang pengadil
#bola sepak
#Yazan Al-Arab
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan