TIMBALAN Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Abdul Aziz Yeop, hari ini mendedahkan dua pemain tempatan didapati positif ujian doping, masing-masing mewakili pasukan Liga Super Perak dan PDRM.
Dua pemain terbabit didapati mengambil bahan terlarang, D-methamphetamine.
Ia dikesan hasil ujian yang dilakukan oleh unit antidoping FAM ke atas kedua-dua pemain itu selepas perlawanan Liga Super di antara Perak dan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka, 4 Mei lalu.
Menurut Aziz, keputusan itu adalah sah dari segi antidoping Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
"Ujian ini adalah ujian biasa seperti makmal antarabangsa dan jelas didapati kedua-dua pemain ini telah melanggar peraturan AFC antidoping 2015.
"Sekiranya pemain meragui keputusan tersebut, mereka berhak memohon untuk membuat ujian pada sampel B. Kami beri masa sampai 16 Jun dengan memaklum kepada FAM untuk melakukan ujian sampel B," katanya.
D-methamphetamine adalah sejenis dadah perangsang yang tersenarai dalam bahan larangan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
Pemain dan pegawai berhak untuk melihat ujian sampel B yang akan dijalankan kemudian dengan segala kos tanggungan masing-masing.
"Pemain ini akan digantung sementara oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM sehingga satu keputusan yang sahih diperolehi.
"Identiti itu tidak didedahkan dahulu. Biar kita beri tempoh untuk dia membuat rayuan dan sebagainya di atas keputusan itu. Mungkin pemain itu akan diumumkan setelah Jawatankuasa Tatatertib memanggil kedua-dua pemain tersebut," tambahnya.
Beliau turut mendedahkan, kali terakhir kes yang melibatkan pemain menggunakan bahan terlarang adalah pada 2013 membabitkan perlawanan akhir Piala FA di antara Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Bagi kesalahan pertama di bawah peraturan WADA, pemain boleh dikenakan penggantungan empat tahun.
Astro Arena
Mon Jun 13 2016
ABDUL AZIZ: Ujian ini adalah ujian biasa seperti makmal antarabangsa dan jelas didapati kedua-dua pemain ini telah melanggar peraturan AFC antidoping 2015.
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
FAM sedia jalin kerjasama dengan Adamas
FAM sedia menjalin kerjasama dengan Adamas yang meluahkan hasrat mahu mengadakan ujian doping terhadap semua pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia.
Pemain Perak, PDRM positif ujian doping
Ia dikesan hasil ujian unit antidoping FAM selepas perlawanan Liga Super di antara Perak dan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka, 4 Mei lalu.