KUALA LUMPUR: Pemaju projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) diberi tempoh dua bulan bagi menyelesaikan kerja baik pulih tebing sungai, penstabilan dan penutupan cerun terdedah, selain menyelenggara sebahagian cerun berhampiran Sungai Ampang dekat sini bagi mengelakkan pencemaran sungai.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mendapati, masih terdapat pencemaran sungai di Hutan Lipur Ampang berhampiran 'Intake' Loji Rawatan Air (LRA) Ampang.
"Setakat ini masih ada pencemaran tapi di tahap yang boleh diterima, namun sekiranya bacaan kekeruhan air mencecah 1,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) dan menyebabkan LRA Ampang dihenti tugas, maka tindakan lebih tegas akan diambil termasuk mengguna pakai Enakmen LUAS 1999 (Pindaan 2020) yang baru diluluskan pada Nov tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke tapak projek EKVE di LRA Ampang di sini, hari ini.
Hee berkata untuk rekod, LRA Ampang yang membekalkan 90 juta liter air sehari kepada penduduk di Ampang telah dihenti tugas sebanyak 75 kali sepanjang tahun lepas berbanding 119 kali pada 2019 berikutan kekeruhan air Sungai Ampang yang melebihi bacaan 1,000 NTU.
Menurut JAS Selangor, projek berkenaan masih berada dalam Arahan Berhenti Kerja yang berkuat kuasa sejak 13 Oktober tahun lepas dan pemaju dilarang menjalankan kerja-kerja tanah serta pembinaan hingga ke suatu tarikh penarikan balik yang akan diberitahu kelak.
Pemaju hanya dibenar melakukan kerja baik pulih tebing sungai, penstabilan cerun dan penutupan cerun terdedah selain menyelenggara sebahagian cerun berhampiran Sungai Ampang yang runtuh akibat tekanan air dari dalam tanah dalam tempoh itu.
Dalam pada itu, Hee memaklumkan pemaju terbabit pernah dikenakan kompaun mahkamah RM100,000 pada 2017 dan RM165,000 pada 2019 kerana ia didapati mencemarkan Sungai Ampang.
Selain itu katanya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut mengeluarkan kompaun RM500,000 terhadap pihak terbabit pada Okt tahun lepas kerana melangggar undang-undang berkaitan pembersihan tanah.
Bernama pada 18 Okt melaporkan kerja-kerja pembinaan projek EKVE dikenal pasti sebagai punca air keruh mengalir dari Sungai Ampang di Hutan Lipur Ampang ke Sungai Klang di sekitar ibu kota, yang disebabkan pembukaan tanah tidak terkawal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Kerja pembinaan projek EKVE dikenal pasti sebagai punca air keruh di Sungai Klang sekitar kawasan ibu kota, baru-baru ini. - Gambar fail/ Bernama

Seorang jemaah haji meninggal dunia susulan jangkitan kuman - Idris
Seorang jemaah haji lelaki berusia 62 tahun telah meninggal dunia di sini, minggu lepas.

Henti pakai empat produk kosmetik ini segera - KKM
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedaran serta-merta.

Berita Palsu | PDRM nafi ada kes culik, jual organ kanak-kanak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak di negara jiran seperti yang tular di beberapa platform media sosial. Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan, mesej palsu tersebut tular sejak tahun 2017 dan kembali diulang siar di media sosial baru-baru ini.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Kes baharu harian COVID-19 meningkat 6.1 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26.

Kejohanan Wimbledon: Maria sertai senarai legenda selepas tewaskan Ostapenko
Tatjana Maria menyertai senarai legenda apabila mencipta kejutan mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon dengan menewaskan Jelena Ostapenko malam tadi.
![[TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu [TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976463/thumbnails/38269422741656915041898_640x360.jpg)
[TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu
Ini kenyataan baharu yang dikeluarkan Istana Alam Shah kenyataan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang baginda memaklumkan telah menonton filem Mat Kilau.

Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.

Lebih 100,000 pelarian Ukraine berada di Perancis
Sebanyak 84 peratus orang yang berpindah dari Ukraine tidak berhasrat untuk pulang ke tanah air mereka.

2.4 juta kenderaan dijangka ke Pantai Timur sempena Aidiladha
Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan 704,000 di LPT1 kali ini sempena Aidiladha.

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Banjir Hulu Langat: Lebuh Raya EKVE, ini apa yang anda perlu tahu
Perdana Menteri berkata pembinaan EKVE dipercayai menjadi antara punca berlakunya banjir lumpur di sekitar daerah Hulu Langat.

Pembinaan EKVE antara punca banjir lumpur di Hulu Langat - PM
Pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) dipercayai menjadi antara punca berlakunya banjir lumpur di sekitar daerah Hulu Langat.

Siasat segera punca banjir di Lembah Jaya Utara
Punca kejadian juga perlu diketahui dan diselesaikan supaya bencana sama tidak berulang.

Pemaju EKVE diberi tempoh dua bulan baik pulih cerun
Pemaju terbabit pernah dikenakan kompaun mahkamah RM100,000 pada 2017 dan RM165,000 pada 2019 kerana ia didapati mencemarkan Sungai Ampang.

Air keruh: Projek EKVE masih dalam arahan berhenti kerja
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor berkata arahan itu susulan pelanggaran syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

EKVE nafi dakwaan PEKA pembinaan lebuh raya punca pencemaran
PEKA mendakwa kerja-kerja pembinaan EKVE membahaya penduduk dan menyebabkan kemusnahan dan pencemaran terhadap alam sekitar selain melanggar arahan JAS, ini respon EKVE.

Bekukan kelulusan bagi projek EKVE dan SUKE - Rafizi
Rafizi Ramli berkata dalam keadaan beberapa peruntukan terpaksa dipotong dalam Bajet 2017 baru-baru ini, tumpuan perlu diberikan kepada usaha meringankan beban rakyat.

Isu lebuh raya SUKE: Apa nasib Hutan Simpan Cheras?
Persoalan sama ada projek Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang akan terus dibenarkan merentasi hutan simpan berkenaan, masih menjadi tanda tanya.

Rafizi diasak pada majlis serah memorandum bantah lebuh raya SUKE, DASH, EKVE
Mereka membantah ekoran pembinaan lebuhraya berkenaan bakal merentasi bukan sahaja kawasan perumahan mereka, malah beberapa hutan simpan kekal di Selangor .

Taman Rimba Ampang dibuka semula selepas projek EKVE digantung
Mahkamah Tinggi memerintahkan pembinaan lebuh raya EKVE yang merentasi sebahagian Hutan Simpan Ampang termasuk Taman Rimba Ampang dihentikan sementara.